Tuesday, July 26, 2011

Fadhilat Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa

Selasa, 24 Syaaban 1432H ;Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (HR At-Tirmidzi)

Pengajaran Hadis:

1. Umat Islam yang berpuasa Ramadhan digalakkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa dan sebagainya kerana sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan yang mulia iaitu di bulan Ramadhan.

2. Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan persefahaman, kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain amat dituntut oleh Islam.

1 comment:

zainal said...

Sedekah/hadiah/pemberian yang terbaik adalah utk keluarga sendiri, kerabat dekat & jiran.

2.Pemberian kepada org terdekat lebih mendalam kerana ikatan silaturahim makin bertambah teguh. Penerimanya juga berasa terharu kerana pemberiannya dtgnya daripada org yg rapat/dikenali.

3. Pemberian walaupun sedikit mungkin memberi makna yg besar bagi penerima.

4. Sama-sama kita semak: B/mana kebajikan/keadaan keluarga dan jiran terdekat? Sihat ke mereka? Makan ke mereka? Sedih ke mereka? Cukupkah keperluan mereka?

Wallahuaklam.