Monday, July 18, 2011

Kewajiban Berpuasa Dibulan Ramadhan

Isnin,16 Syaaban 1432H:Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)”.

Pengajaran Hadis.

1. Hadis diatas merupakan dalil kewajiban berpuasa dalam bulan Ramadhan. Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar hingga tenggelam matahari.

2. Umat Islam adalah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan apabila sahaja ternampaknya hilal iaitu anak bulan, dan disertai pula pengisytiharan bermulanya puasa oleh pihak yang berkuasa.

3. Asas penentuan bulan Ramadhan dan Syawal adalah berpandukan kepada anak bulan (hilal) yang disandarkan kepada dalil al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

4. Islam juga telah memberi garis panduan kepada umatnya untuk menentukan tarikh puasa dan juga hari raya dengan mengikut rukyah atau pun hisab.

5. Apabila kelihatan anak bulan Ramadhan maka diwajibkan berpuasa kepada umat Islam dan sekira tidak kelihatan anak bulan maka puasa diwajibkan mengikut rukyah atau hisab.

1 comment:

zainal said...

Berdasarkan pemerhatian, orang Melayu rajin puasa tetapi leka/cuai dalam solat.

2.Jika puasa itu ibarat bumbung, mana mungkin ia mampu didirikan tanpa tiang!

Wallahuaklam.