Monday, July 25, 2011

Fadhilat Menyegerakan Berbuka Puasa

Isnin, 23 Syaaban 1432H : Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”.(HR al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran Hadis:

1. Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka setelah diyakini masuknya waktu Margrib, sebaliknya makruh hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang sebab yang munasabah.

2. Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula selepasnya.

3. Agama Islam ialah agama yang mudah dan ia tidak membebankan umatnya dalam beribadat.Segera berbuka diberikan ganjaran pahala oleh Allah dan bukan sebaliknya.

1 comment:

zainal said...

Manusia tidak boleh lari mempunyai hubugan dengan alam.

2.Bukankah manusia sibuk mmelihat anak bulan utk menentukan hari puasa. Bukankah manusia juga peka dengan waktu tenggelam matahari & senja kemerahan kerana masanya sudah tiba utk berbuka. Bukankah manusia juga beringat tentang waktu fajar kerana takut-takut terlebih masa bersahur. Sudah tentu manusia sibuk meneropong bulan kembali utk menentukan raya.

4.Ramadhan menyebabkan manusia sensitif dengan alam semesta khususnya matahari dan bulan. Ini menunjukkan manusia dan alam tidak dapat dipisahkan.

Wallahuaklam.