Jumaat,20 Syaaban 1432H: Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.” (HR al-Bukhari dan muslim)
Pengajaran Hadis:
1. Setiap orang yang berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan-amalan yang ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan.
2. Amalan puasa yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh Allah SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia tersebut di akhirat kelak.
3. Amalan yang banyak tetapi dengan niat bukan kerana Allah maka tiada nilainya disisi Allah di dunia mahupun diakhirat. Diakhirat Allah tidak memberinya sebarang balasan sebaliknya disuruh minta kepada siapa diniatkannya.

1 comment:
Orang yg terang-terang tidak puasa seolah-olah mencabar perintah Allah dan tidak takut api neraka. Orang sebegini sebenarnya, jiwanya sakit dan perlu dirawat.
2.Utk merawat hati ia memerlukan proses tazkiyah (penyucian) sama ada dari segi akidah, akhlak dan ibadah. Buku karangan Said Hawwa baik untuk ditelaah dalam membincangkan penyucian jiwa.
Wallahuaklam.
Post a Comment