Selasa, 17 Syaaban 1432H: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.”(HR Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Pengajaran Hadis:
i) Ketentuan sakit untuk tidak berpuasa adalah sakit yang menyebabkan penderitaan atau menjadi semakin parah jika terus berpuasa, atau akan semakin lambat sembuhnya sesuatu penyakit. Di sisi syarak peranan ahli perubatan (doktor) adalah sangat penting dan diperlukan untuk menentukan apakah seseorang pesakit itu boleh berpuasa ataupun tidak.
ii) Kelonggaran yang biasa diharuskan untuk berbuka puasa itu ialah seperti kepada orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang sedang bermusafir, wanita yang mengandung dan menyusukan anak yang ditakuti akan mendatangkan mudharat kepada diri atau pun anaknya dan beberapa jenis keadaan sakit yang lain. Manakala sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya tidak diharuskan meninggalkan puasa. Walhal meninggalkan puasa walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak merupakan satu dosa besar sebagaimana yang pernah tersebut di dalam hadis.
iii) Wanita yang haid dan wanita yang keluar darah nifas adalah golongan yang wajib berbuka puasa tetapi diwajibkan mengqada’kan semula puasanya di bulan yang lain.
iv) Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan kerana terlupa, maka tidak wajib qadha dan tidak wajib kifarat kerana terdapat sebuah hadis rasulullah s.a.w menyebutkan yang maksudnya:” Apabila ia (orang yang berpuasa) lupa, kemudian ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah-lah yang telah memberi makan dan minum kepadanya" ( Bukhari dan Muslim). "
v) Puasa tidak wajib hukumnya ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil untuk berpuasa.

1 comment:
Puasa adalah latihan fizikal yang menyakitkan. Ianya menyebabkan kepala sakit, perut memulas, kulut kering, mata kuyu, otot longlai. Penderitaan ini akan menghasilkan kesihatan tubuh yg baik.
2.Puasa bagi tujuan latihan penderitaan/kesakitan/rohani menjadi tradisi kebanyakan agama.Bertambah sakit/derita, bertambah suci.
3. Puasa dlm Islam adalah tanda kepatuhan kita pada perintah Allah. Ianya harus semata-mata kerana Allah dan bukan kerana manfaat/tujuan/niat lain. Puasa yang ikhlas akan melahirkan taqwa. Bukankah ini yang kita mahu, menjadi insan yg bertaqwa dan diampunkan dosa oleh Allah.
Wallahuaklam
Post a Comment