Rabu, 12 Ramadhan 1430H - Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Ramai daripada mereka yang berpuasa tidak memperolehi apa-apa melainkan lapar dan ramai yang berdiri malam (dengan bersolat) namun tidak mendapat apa-apa kecuali keletihan berjaga malam."
Keterangan :
Mengenai hadis ini para ulamak telah memyebut tiga penafsiran yang berbeza:
1. Hadis ini merujuk kepada mereka yang berpuasa pada siang hari tetapi berbuka dengan makanan yang haram. Segala ganjaran berpuasa lenyap kerana dos besar memakan benda yang haram dan suatu apa pun tidak mendatangkan manfaat kecuali lapar
2. Mungkin juga mereka berpuasa tetapi semasa berpuasa membabitkan diri mereka dengan mengumpat dan menfitnah orang lain.
3. Mungkin orang yang dimaksudkan ialah seorang yang sedang berpuasa tidak dapat mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan dosa.
Kesemua kemungkinan-kemungkinan ini termasuk di dalam hadis ini. Begitulah juga halnya dengan seseorang yang berjaga malam dalam solat nafil sepanjang malam; kerana suka mengumpat atau lain-lain amalan dosa seperti terluput solat subuh atau berjaga malam untuk menunjuk-nunjuk, maka amalan malamnya menjadi sia-sia tidak diberi pahala oleh Allah SWT.
Hikmah & Fadhilat Ramadhan, M.Muhammd Zakariya
1 comment:
Beberapa pemerhatian tentang gelagat manusia yg ambil sebahagian agama dan tinggalkan sebahagian:
a.Kata dirinya Puasa tapi tak solat
b.Kata dirinya Puasa tapi main nombor ekor
c.Kata dirinya puasa tapi tak tutup aurat
d.Kata dirinya puasa tapi curi duit org
e.Kata dirinya puasa tapi tipu dlm meniaga
f.Kata dirinya puasa tapi liat nak keluar zakat
Saya mula terfikir; betul ke puasa?
Post a Comment