Khamis, 27 Ramadhan 1430H - Ibn Abbas ra. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya Jannah diberikan keharuman dengan bau-bauan yang tersangat harum pada bulan Ramadhan. Sejak permulaan tahun hinggalah keakhirnya dihiasi dengan terang benderang bagi menyambut kedatangan bulan yang diberkati ini. Dan apabila munculnya malam pertama Ramadhan, satu tiupan angin datang daripada bawah Arasy. Ia dikenali sebagai “Muthirah” dan menyebabkan dedaunan pohon-pohon Jannah bergeseran dan gagang pintu bergetar lalu menghasilkan suatu bunyian yang lunak merdu yang belum pernah didengar sebelumnya.
Maka muncullah “hurul ain”( bidadari syurga bermata jeli) ke tengah-tengah anjung Jannah sambil menyeru: “Adakah sesiapa yang berdoa kepada Allah agar kami dikahwinkan dengannya?” Kemudian bidadari ini pun berkata: “Wahai Ridhwan, penjaga Jannah, malam apakah ini ?” Beliau pun menjawab dengan talbiyah “Labbaik”. Sesungguhnya inilah malam pertama Ramadhan, dimana pintu-pintu Jannah dibukakan kepada orang-orang berpuasa daripada umat Nabi Muhammad SAW.”
Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: “ Allah berfirman, wahai Ridhwan bukalah pintu-pintu Jannah. Wahai Malik, penjaga jahannam tutuplah pintu-pintu jahannam kepada mereka yang berpuasa daripada umat Nabi Muhammad SAW. Wahai Jibril, turunlah ke bumi dan ikatlah semua syaitan yang durjana, rantailah mereka serta campakkan ke lautan agar mereka tidak membuat kacau ke atas umat kekasihKu Muhammad SAW yang sedang berpuasa. Allah memerintah seorang penyeru daripada langit supaya menyeru tiga kali dalam setiap malam Ramadhan: “Adakah sesiapa yang memohon kepadaKu agar aku memandangnya dengan rahmatKu? Adakah sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu agar Aku ampunkannya ? Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepadaNya yang kekayaanNya tidak sedikit pun berkurangan dan Dia yang akan membayar kembali tanpa sedikit pun haknya dizalimi.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda selanjutnya : “Setiap hari pada masa iftar (berbuka), Allah akan membebaskan seribu jiwa daripada api neraka jahannam yang wajib sebelumnya menerima azab neraka. Pada malam terakhir bulan Ramadhan Allah memerdekakan sebanyak-banyaknya sebagaimana Dia telah bebaskan sejak dari awal hingga akhirnya ( sepanjang Ramadhan ).
Pada malam Qadar ( Lailatul Qadar ) Allah Azzawajalla menerintahkan Jibril alaihi salam turun ke bumi bersama-sema dengan sekumpulan besar malaikat. Mereka turun dengan membawa bendera hijau yang dipacakkan dipuncak Kaabah. Jibril yang mempunyai enam ratus sayap, pada malam ini hanya mengembangkan dua buah sayap sahaja. Dua sayapnya ini dikembangkan sehingga mencakup daripada Timur ke Barat. Kemudian Jibril as. mengerahkan para malaikat ke segala arah untuk memberi salam kepada seorang yang sedang berdiri, duduk dalam keadaan solat dan zikirullah.
Mereka berjabat tangan dan mengaminkan segala doa mereka sehinggalah munculnya fajar. ( Apabila menjelang fajar ) Jibirl as. pun menyeru: “Berpisahlah malaikat berpisahlah.” Para malaikat pun bertanya: Wahai, Jibirl apakah yang akan Allah lakukan terhadap keperluan orang-orang yang taat di kalangan umat Muhammad SAW?” Jibril as menjawab: “Allah memandang mereka dengan rahmat serta mengampuni mereka kecuali tiga jenis manusia.
Maka kami ( para sahabat ) pun bertanya kepada Rasulullah SAW: “Siapakah mereka, ya Rasulullah ? “ Rasulullah SAW menjawab: “Mereka yang mabuk arak, mereka yang tidak taat kepada kedua ibubapa, mereka yang memutuskan tali silaturrahim dengan saudara terdekat, dan mereka yang mendendami ( musyaahin) saudara mereka.” Kami pun bertanya siapakah “musyaahin? “ Musyaahin ialah “musorin” ( yang memutuskan perhubungan dengan mereka ).” Dan Kemudian tibalah malam Aidil Fitri, malam yang dikenal sebagai “Lailatul Jaa izah “ ( Malam pengurniaan hadiah)
Pada pagi Aidil Fitri Allah menghantar para malaikat ke bumi dan mereka pergi ke setiap tempat setiap lorong dan jalan menyeru dengan suara yang hanya didengari oleh semua makhluk kecuali manusia dan jin: “ Wahai umat Muhammad SAW keluarlah menuju kepada “Rabbin Karim” ( Roh yang Maha Mulia) yang akan mengurniakan sebanyak-banyaknya dan mengampunkan dosa-dosamu yang besar. Apabila mereka pergi menunju ke tempat solat mereka, Allah pun berfirman kepada malaikatNya : “ Apakah ganjaran bagi seorang yang telah menyempurnakan khidmatnya.?” Para Malaikat pun menjawab: “Tuhan kami bahawa ganjarannya adalah upah yang sepenuhnya. Kemudian Allah berfirman :”Maka Aku bersaksi kepada kamu, wahai malaikatKu kerana mereka telah berpuasa pada bulan Ramadhan dan mendirikan malam dengan solat dan ibadah yang lain, maka Aku mengurniakan mereka dengan keredhaanKu dan keampunanKu. Wahai hamba-hambaKu, pohonlah sekarang, bahawa demi kemuliaan dan kebesaranKu pasti Aku berikan hajat-hajatmu di perjumpaan ini mengenai hajat-hajat akhiratmu.
Mengenai hajat duniamu akan Ku perhatikan dengan sewajarnya. Demi kemuliaanKu, Aku bersumpah selagi kamu mentaati perintah-perintahKu, Aku akan menutupi kesalahan-kesalahanmu. Demi kemuliaan dan kebesaraanKu, Aku bersumpah bahawa tidak akan Aku hinakan kamu didepan orang yang melanggar batasan dan kafir. Bertebaranlah sekarang daripada sini,dengan keadaan kamu diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan Aku dan Aku pun telah redha kepadamu.”

Apabila melihat ganjaran dan kurniaan yang besar diberikan ke atas umat Muhammad SAW pada hari Aidil Fitri, para malaikat pun sangat gembira dan sukacita. ( Ya Allah, jadilah kami juga dikalangan mereka yang dirahmati itu. Amin )
Petikan daripada buku Hikmah & Fadhilat Ramadhan oleh M.Muhammad Zakariyya.
No comments:
Post a Comment