Thursday, July 14, 2011

Galakan Berpuasa Sunat

Khamis, 12 Syaaban 1432H : Dari Aisyah r.a :” Bersabda Rasulullah s.a.w kepadaku pada suatu hari:”Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?” Aisyah berkata:” Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku berpuasa”(HR Muslim)

Pengajaran Hadis:

1. Latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan. Sebab itulah orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa.

2. Ibadat puasa bukan sahaja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas.

3. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah.

4. Di samping puasa wajib kita juga dianjurkan berjinak-jinak dengan puasa sunat lebih-lebih lagi puasa di bulan Rejab dan Syaaban yang banyak sekali kelebihannya di samping dapat membantu meningkatkan kekuatan dan persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di bulan Ramadhan.

1 comment:

zainal said...

Jasad memerlukan latihan kecergasan untuk membolehkan badan menjadi sihat dan bertenaga. Latihan ini boleh dilakukan sama ada melalui aktiviti berjalan, berlari, berbasikal,main bola, berenang, naik kuda,dll.

2.Begitu jugalah dengan rohani manusia, ia memerlukan latihan bagi membolehkan ianya bertenaga, kuat, bersemangat dan berdaya tahan. Antara latihan rohani yang terbaik ialah dengan berpuasa.

3.Puasa walaupun pd zahirnya, fizikal menjadi lemah tetapi ia mampu menguatkan rohani. Dengan menahan lapar dapat mendidik rohani menjadi lebih tawadhu dan prihatin dgn org susah. Jiwa juga lebih tenang, fikiran lebih cerah. Nafsu berjaya dikekang dari menurut telunjuk iblis.

4.Berpuasa sunat perlu diamalkan secara komited seumpama jasad yg perlukan "exercise" sekurang-kurang 30 minit setiap sehari!

Wallahuaklam.