Rabu, 5 Jamadil Akhir 1447H | Berbakti Kepada Ibu
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَتَى رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا تَأْمُرُنِي قَالَ بَرَّ أُمَّكَ ثُمَّ عَادَ فَقَالَ بَرَّ أُمَّكَ ثُمَّ عَادَ الرَّابِعَةَ فَقَالَ بَرَّ أَبَاكَ
Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata; Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah SAW seraya bertanya; "Apa yang engkau perintahkan kepadaku?" maka baginda bersabda: "Berbaktilah kepada ibumu, "lalu ia mengulangi pertanyaannya, dan baginda bersabda: "Berbaktilah kepada ibumu," lalu ia mengulangi pertanyaannya hingga yang keempat kalinya, maka baginda bersabda: "Berbaktilah kepada bapamu." (HR Ahmad No: 8850) Status: Hassan
Pengajaran:
1. Berbakti kepada ibu adalah kewajipan tertinggi seorang anak selepas ketaatan kepada Allah dan Rasul.
2. Keutamaan berbuat baik kepada ibu melebihi dari ayah sama ada dalam kasih sayang, penjagaan mahupun kebajikan. Mengikut Ibn Battal, ibu perlu diutamakan kerana ibu mengalami tiga kepayahan:
a. Pertama ketika mengandung;
b. Kedua ketika melahirkan dan;
c. Ketiga ketika menyusu dan membesarkan.
3. Ayah juga mempunyai hak yang wajib ditunaikan oleh anak. Walaupun ibu lebih diutamakan, ayah tetap berhak dihormati dan ditaati, kerana dia menjadi pelindung dan pemberi nafkah kepada keluarga.
4. Keutamaan pada sianak ialah berbakti kepada ibu kemudian kepada bapa.
5. Islam menuntut umatnya menghargai jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.
Berusahalah untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu dan bapa kerana ia adalah ibadah besar yang mendekatkan diri kepada Allah SWT, serta menjadi jalan menuju syurga bagi mereka yang melakukannya dengan penuh kasih, hormat dan ikhlas.
No comments:
Post a Comment