Ahad, 18 Jamadil Awal 1447H | Jadilah Wanita Solehah
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّتْ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
Daripada Abdurrahman bin Auf RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (kehormatannya) dan taat kepada suaminya, nescaya akan dikatakan kepadanya; 'Masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu kehendaki'." (HR Ahmad No: 1573) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Wanita yang solehah di hari akhirat diberi kelebihan untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki dengan syarat ia memenuhi empat kriteria berikut:
a) Melaksanakan solat lima waktu dengan sempurna
b) Berpuasa wajib di bulan Ramadhan
c) Menjaga kemaluan (maruah diri)
d) Taat dan berbakti kepada suami.
2. Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa “حَفِظَتْ فَرْجَهَا” bermaksud wanita menjaga kesucian diri daripada perbuatan keji dan juga memelihara kehormatan perkahwinannya dengan tidak berlaku curang, serta menutup aurat dan menjauhi fitnah.
3. Ketaatan kepada suami merupakan ibadah yang besar ganjarannya.
Selagi tidak bercanggah dengan hukum Allah.
4. Hadis ini menonjolkan kemuliaan wanita dalam Islam. Kebahagiaan dan keselamatan akhirat dapat dicapai melalui ketaatan kepada Allah dan tanggungjawab terhadap suami. Wanita yang menjaga ibadahnya, kehormatannya, dan keluarganya akan mendapat penghormatan tertinggi daripada Allah, iaitu memasuki syurga dari mana-mana pintu yang diingini.
Berusahalah menjadi wanita yang solehah.
Bersama membina keluarga Bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama
No comments:
Post a Comment