Khamis, 8 Safar 1448H | Doa Mustajab
عَنْ بريدة بن الحصيب الأسلمي :أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ رَجُلًا يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ، وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، فَقَالَ: لَقَدْ سَأَلْتَ اللَّهَ بِالِاسْمِ الَّذِي إِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى، وَإِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ
Daripada Buraidah bin al-Hasib al Aslami RA: Bahawa Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, bahawa diriku bersaksi sesungguhnya Engkau adalah Allah yang tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung segala makhluk, yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Mu,” kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh engkau telah memohon kepada Allah dengan nama-Nya, yang apabila Dia diminta dengannya, Dia pasti akan memberi, dan jika Dia diseru dengannya, Dia akan memperkenankan doa”. (HR Abu Daud No:1493) Status Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Berdoa dengan menyebut nama-nama dan sifat-sifat Allah merupakan antara adab doa yang paling utama.
2. Hadis ini mengandungi doa yang mengandungi pengakuan terhadap sifat-sifat Allah yang paling agung menjadi antara asas doa diperkenan:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ،
وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
3. Surah al-Ikhlas bukan sekadar surah untuk dibaca, tetapi juga menjadi antara doa yang mengandungi pengakuan tauhid yang sempurna. Tauhid didahulukan sebelum seseorang mengemukakan permohonan kepada Allah antara asbab doa diperkenankan.
4. Keberkesanan doa bergantung kepada keikhlasan, keyakinan, adab serta kesucian hati, di samping rahmat Allah SWT.
5. Mengenali nama-nama dan sifat-sifat Allah akan meningkatkan rasa cinta, takut, harap dan tawakal kepada-Nya.
6. Hadis ini menunjukkan bahawa doa yang dimulakan dengan pujian kepada Allah, pengakuan terhadap keesaan dan kesempurnaan sifat-sifat Allah SWT sebelum menyatakan hajat dan permohonannya merupakan faktor yang mendekatkan seseorang kepada rahmat dan perkenan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment