Khamis, 9 Ramadhan 1431H : Orang yang berpuasa diharamkan melakukan perkara yang halal pada siang hari seperti makan,minum dan melakukan persetubuhan bersama isteri. Walau bagaimanapun mencium isteri tidak membatalkan puasa sebagaimana hadis dari Aisyah r.ha berkata : “ Sesungguhnya Rasulullah SAW sering mencium isteri-isterinya sedangkan baginda sedang berpuasa. Kemudian Aisyah tertawa.” (HR Bukhari dan Muslim)
Aisyah r.a berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dimasjid. Dia berkata : “ Saya telah terbakar. “ Nabi bertanya : “Mengapa engkau terbakar?” Orang itu menjawab: “Saya menyetubuhi isteri saya di siang Ramadhan.” Nabi berkata kepadanya:“ Bersedekahlah engkau.” Dia menjawab: “Tidak ada sesuatu pun yang dapat aku sedekahkan.” Sesudah itu dia pun duduk dan datanglah kepada Nabi seorang yang menuntun keldai yang membawa makanan(Abdul Rahman salah seorang perawi hadis ini berkata: “Saya tidak mengetahui makanan apa yang dibawa itu). Maka Nabi pun berkata : “Mana orang yang sudah terbakar?” Orang itu menjawab : “Ini saya.” Berkata nabi:“ Ambillah makanan ini dan sedekahkanlah.” Orang itu bertanya :“Adakah orang yang lebih berhajat daripada kami, sedangkan ku tidak mempunyai makanan?” Nabi bersabda : “ makanlah makanan itu bersama-sama keluarga mu.” (HRBukhari dan Muslim)
Pengajaran Hadis :

1. Mencium isteri tidak membatalkan puasa. Namun bagi orang yang tidak kuat menahan nafsunya hal tersebut tidak digalakkan kerana ia akan membawa kepada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
2. Orang yang bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan maka puasanya menjadi batal. Sebagai hukumannya, dia hendaklah membayar kaffarah berdasarkan tertib seperti berikut; memerdekakan seorang budak, jika tidak sanggup dia hendaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup maka hendaklah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.
3. Jauhilah perkara yang boleh meransang syawhat dibulan Ramadhan. Jika yang halal dilarang apatah lagi maksiat zina yang terang-terang diharam dalam Islam.
1 comment:
Berdasarkan sirah dan hadis ini, sedekah boleh menjadi penebus dosa dan merawat jiwa yang kacau.Ini menambahkan lagi perspektif kita tentang sedekah.
2.Berdasarkan susunan antara akal, hati dan syahwat didapati akal letak di atas, hati letak di tengah, syahwat letak di bawah. Akal sentiasa bertelagah dgn syawat yang hendak mengikut hawa nafsu. Justeru, hati sebagai pendamai/penyeimbang/pengawal keputusan antara dua unsur ini. Sebab itulah jika baik hati, insyallah baiklah yang lain. Persoalannya - sejauh mana kita didik hati kita? W'aklam.
Post a Comment