Jumaat, 23 Zulhijjah 1446H | Kelebihan Doa Antara Azan dan Iqamah
عَنْ أَبِي إِيَاسٍ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الدُّعَاءُ لَا يُرَدُّ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالْإِقَامَةِ
Daripada Anas bin Malik r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Doa tidak akan ditolak antara azan dan iqamah. (Sunan Tirmizi No: 212) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa waktu antara azan dan iqamah adalah salah satu waktu mustajab untuk berdoa.
2. Dianjurkan kepada seseorang untuk berdoa dengan bersungguh-sungguh antara waktu azan dan iqamah termasuk meminta keampunan, hidayah, kesejahteraan, dan apa jua keperluan dunia dan akhirat kerana ia adalah waktu mustajab doa.
3. Jangan sia-siakan masa antara azan dan iqamah dengan bercakap kosong atau melalaikan diri, sebaliknya penuhkan dengan zikir, istighfar, selawat dan doa.
4. Galakan untuk hadir awal ke masjid kerana rahmat Allah amat luas kepada orang yang menunggu solat dan Allah memberi peluang supaya dapat berdoa dengan tenang selepas azan bilal dan sebelum iqamah.
5. Hadis ini menunjukkan betapa besar nilai masa antara azan dan iqamah. Tempoh ini merupakan waktu terbaik untuk berdoa, di mana doa tidak akan ditolak. Umat Islam disarankan memanfaatkan waktu ini dengan bersungguh-sungguh berdoa, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk umat, keluarga dan keselamatan akhirat.
No comments:
Post a Comment