Saturday, June 21, 2025

Dua Waktu Doa Tidak Ditolak

Sabtu, 24 Zulhijjah 1446H  |  Dua Waktu Doa Tidak Ditolak

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثِنْتَانِ لاَ تُرَدَّانِ اَلدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَتَحْتَ الْمَطَرِ

Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika azan atau selepas azan dan doa pada waktu hujan turun. (HR al-Hakim, No: 2534) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.  Doa adalah ibadah yang dituntut kepada setiap Muslim melakukannya.

2.  Dua waktu yang sesiapa berdoa kepada Allah pada waktu tersebut, doanya tidak ditolak iaitu:

a.  Doa ketika azan atau selepas azan – waktu azan dianggap waktu yang paling dekat antara hamba dengan Penciptanya dan waktu Rahmat Allah turun.

b.  Doa pada waktu hujan mula turun – waktu Rahmat Allah sedang turun.

3.  Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu turun hujan tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada waktu tersebut, sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

4.  Ambil peluang ketika Azan dan sebelum Iqamah serta permulaan hujan turun untuk membanyakkan berdoa memohon keampunan, rahmat, atau permintaan hajat kita.


No comments: