Monday, June 2, 2025

Keutamaan Arafah

Isnin, 5 Zulhijjah 1446H   |   Keutamaan Arafah

وعن أبي هريرة  رضي الله عنه  عن رسول الله  صلى الله عليه وسلم - قال:  إنَّ اللهَ يُبَاهِي بِأَهْلِ عَرَفَات أهْلَ السَّمَاءِ، فَيَقُولُ لَهُمُ: انْظُرُوا إِلَى عِبَادي جَاءونِي شُعْثاً غُبْراً

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah membanggakan ahli Arafah di hadapan penduduk langit. Lalu Allah berkata: ‘Lihatlah hamba-hamba-Ku, mereka datang kepada-Ku dalam keadaan kusut dan berdebu.’ (HR Ahmad No 8047) Status Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.  Mengikut Ibn Hajar, Allah membanggakan ahli Arafah bermaksud Allah memberi penghormatan dan memuliakan para jemaah haji yang hadir di Arafah dengan menyebut mereka dengan pujian kepada para malaikat-Nya.

2.  Hari Arafah adalah kemuncak ibadat Haji, hari yang sangat mulia dimana pada hari tersebut Allah melimpahkan rahmat dan keampunan yang sangat luas kepada hamba-hamba-Nya.

3.  Jemaah haji yang datang dalam keadaan "kusut dan berdebu" menunjukkan bahawa Allah tidak melihat rupa dan harta para Jemaah haji, tetapi keikhlasan dan usahanya meninggalkan keselesaan dalam beribadah demi mencari keampunan Allah.

4.  Wukuf adalah waktu paling mustajab doa, dan hadis ini mendorong para Jemaah haji agar menghadirkan diri di Padang Arafah dengan hati yang tunduk dan penuh harap.


No comments: