Sabtu, 17 Zulhijjah 1446H | Doa Masuk Tandas
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ، قَالَ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ
Daripada Anas bin Malik RA: Adalah Rasulullah SAW apabila masuk ke tempat buang air, Baginda membaca: 'اللَّهُمَّ إني أعوذُ بك مِنَ الخُبُثِ والخبائِثِ' (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada jin jantan dan jin betina). (HR Bukhari No 142) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam mengajar untuk tidak memandang ringan tempat seperti tandas kerana ia tempat yang boleh menjadi tempat tinggal Jin dan Syaitan. Kita diajar agar berdoa memohon perlindungan.
2. Doa dibaca sebelum melangkah masuk ke dalam toilet bertujuan untuk memohon perlindungan Allah daripada gangguan jin dan syaitan yang sering berada di tempat-tempat kotor.
'اللَّهُمَّ إني أعوذُ بك مِنَ الخُبُثِ والخبائِثِ'
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada jin jantan dan jin betina.
3. Doa ini menunjukkan bahawa tempat buang air adalah tempat yang kotor dan menjadi tempat tinggal jin, maka disyariatkan berlindung kepada Allah ketika memasukinya.
4. Menurut Imam al-Nawawi dalam al-Adzkar, doa ini adalah sunnah yang sangat dituntut untuk dibaca sebelum masuk ke dalam tandas, bukan ketika sudah berada di dalamnya.
5. Antara adab yang dituntut dalam Islam ketika masuk ke tandas:
I. Masuk dengan kaki kiri.
II. Membaca doa ini sebelum masuk.
III. Tidak bercakap dalam tandas.
IV. Keluar dengan kaki kanan, dan membaca doa keluar tandas.
6. Setiap kali kita membaca doa ini dan mengamalkan adab masuk tandas, kita sebenarnya menghidupkan sunnah Nabi SAW yang bererti mendapat pahala, perlindungan dan keberkatan.
7. Doa ini boleh mengelakkan gangguan jin dan syaitan, yang sering berada di tempat yang kotor seperti tandas, melindungi aurat dan maruah diri daripada dilihat oleh makhluk ghaib serta mendapat keberkatan dan rahmat Allah dengan mengingati-Nya dalam setiap urusan harian.
No comments:
Post a Comment