Monday, June 16, 2025

Zikir Selepas Wuduk

Isnin, 19 Zulhijjah 1446H  |  Zikir  Selepas Wuduk

عَنْ عُمَرَ بنِ الخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَن النَّبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:  مَا مِنْكُم مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ- أَو يُسْبِغُ- الوُضُوءَ، ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدَهُ وَرَسُولُهُ، إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الجنَّةِ الثَّمَانِيةُ، يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ

Daripada Umar bin al-Khattab RA, bahawa dari Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang di antara kamu berwuduk, lalu dia menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan:

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدَهُ وَرَسُولُهُ

(Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya), melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan dia boleh masuk dari mana-mana pintu yang dia kehendaki." (HR Muslim No: 234) Status Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.  Wuduk adalah ibadah yang agung, bukan sekadar persediaan fizikal, tetapi juga rohani.

2.  Menyempurnakan wuduk melibatkan kesempurnaan membasuh semua anggota wajib. Dilakukan dengan tertib dan penuh adab, tidak sambil lewa dan dengan niat yang ikhlas, serta dilakukan mengikut sunnah Nabi SAW.

3.  Zikir selepas wuduk sangat besar fadilatnya, jangan ditinggalkan walaupun amalan itu kelihatan ringan.

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدَهُ وَرَسُولُهُ

Maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.

4.  Kesempurnaan wuduk inilah yang menjadi sebab kepada ganjaran besar yakni dibukakan semua pintu syurga.

5.  Hadis ini mengajar kita bahawa "Setiap kali kita berwuduk dengan sempurna dan mengucapkan dua kalimah syahadah selepasnya, kita sedang mengetuk pintu syurga dan Allah akan membukakannya semua. Amalan ini ringan dan mudah dilakukan selepas setiap wuduk. Maka, jangan sia-siakan peluang keemasan ini dalam rutin harian kita.


No comments: