عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan (dosa) dengan (amalan) kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."
(HR Tirmizi, No: 1987) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Taqwa kepada Allah SWT merupakan kewajipan setiap Muslim dan menjadi benteng daripada melakukan kejahatan dan maksiat.
2. Taqwa menurut Imam At-Tabari adalah beriman dan melakukan ketaatan kepada Allah, meninggalkan perkara yang dilarang Allah dan melaksanakan perintah serta sangat waspada terhadap siksaan Allah jika meninggalkan petunjuk yang telah diketahui.
3. Ibn Rajab al-Hanbali menjelaskan bahawa takwa ialah menjaga diri daripada kemurkaan Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Arahan “di mana sahaja engkau berada” menekankan bahawa takwa mesti dipelihara dalam semua keadaan, sama ada ketika sendirian mahupun di khalayak.
4. Bersegeralah melakukan kebaikan setelah menyedari atau melakukan kejahatan atau maksiat. Antaranya beristighfar, bersedekah, berzikir, menunaikan solat sunat dan sebagainya.
5. Para ulama’ bersepakat bahawa kebaikan hanya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil sahaja. Adapun dosa besar seperti derhaka kepada ibu bapa, membunuh, memakan riba, meminum arak dan selainnya tidak akan terhapus kecuali dengan taubat nasuhah.
6. Setiap Muslim hendaklah bersungguh-sungguh menjauhi amalan kejahatan dan memperbanyakkan amalan kebaikan serta menghias diri dengan akhlak terpuji.
7. Berakhlak yang baik mencakupi sifat sabar, lemah lembut, berlapang dada, memaafkan, tidak menyakiti orang lain, serta bersikap adil. Rasulullah SAW menekankan bahawa hubungan sesama manusia mestilah dihiasi dengan akhlak yang mulia agar masyarakat hidup dalam keharmonian.
Bertakwalah walau dimana kita berada.

No comments:
Post a Comment