Tuesday, September 30, 2025

Cinta Kepada Kematian

Selasa, 8 Rabiul Akhir 1447H   |   Cinta Kepada Kematian

عَنْ عُبَادَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ‏ : مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ ‏

Daripada Ubadah dari Nabi SAW baginda bersabda: Barang siapa yang mencintai pertemuan dengan Allah, maka Allah mencintai pertemuan dengannya, dan barang siapa yang membenci pertemuan dengan Allah, maka Allah membenci pertemuan dengannya. (HR Bukhari No: 6502) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan maksud "suka bertemu Allah" ialah: Seorang hamba yang beriman dan redha apabila sampai ajalnya. Ia sentiasa beramal soleh dan yakin akan ganjaran kebaikan dan Rahmat Allah serta tidak takut menghadapi kematian.

2.  Benci bertemu Allah bermaksud orang yang benci kepada kematian kerana cintakan dunia dan takut kehilangan nikmat dunia.

3.  Orang beriman sentiasa bersedia untuk bertemu Allah dengan menyibukkan diri beribadah, taubat, dan melaksanakan amal soleh  kerana dia yakin akan bertemu dengan Allah dan mendapat balasan baik.

4.  Takut mati kerana belum bersedia adalah wajar,  maka jadikan ia motivasi untuk memperbaiki diri, bukan untuk menjauhi Allah.

5.  Sesiapa yang hidupnya penuh keimanan, maka kematian adalah pintu kepada pertemuan yang ditunggu-tunggu iaitu bertemu Allah yang Maha Penyayang.


No comments: