Rabu, 10 Rejab 1447H | Berbaik Sangka Kepada Allah
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ، قَبْلَ مَوْتِهِ بِثَلَاثَةِ أَيَّامٍ، يَقُولُ: لَا يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَّا وَهُوَ يُحْسِنُ الظَّنَّ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Daripada Jābir bin Abdullah RA, beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda tiga hari sebelum wafatnya. Sabda Baginda: “Janganlah seseorang kamu mati melainkan dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah ‘Azza wa Jalla.” (HR Muslim No: 2877) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim wajib sentiasa berbaik sangka (husnuzan) dengan Allah pada setiap waktu, lebih-lebih lagi dihujung-hujung hayat kita.
2. Husnuzan atau berbaik sangka, iaitu yakin bahawa Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang akan mengampunkan dosa kita. Yakinlah bahawa Allah akan menerima taubat kita, Yakin bahawa Allah akan melimpahkan rahmat walaupun kita banyak kekurangan.
3. Ibn al-Qayyim menyebut dalam Madarij as-Salikin: “Orang yang baik sangka kepada Allah akan menyangka bahawa Allah akan menyelamatkannya, menerima taubatnya, dan mengganjarinya walaupun dia banyak kekurangan.”
4. Jangan pernah putus asa dari rahmat Allah, walau sebesar mana pun dosa yang pernah kita lakukan dengan sentiasa berdoa, bertaubat dan bergantung harap kepada Rahmat Allah.
5. Namun, husnuzan bukan bererti merasa aman dari azab Allah sambil melakukan maksiat. Husnuzan perlu disertakan dengan taubat yang jujur, amal soleh, keinsafan terhadap kesalahan, usaha untuk berubah dan berserah diri kepada Allah.
6. Persediaan sebelum mati seorang Muslim adalah perbanyakkan amal soleh, taubat, dan memperkuat hubungan dengan Allah agar dapat menghadap-Nya dengan hati yang penuh husnuzan.
7. Biasakan amalan doa ini:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ، وَخَيْرَ ظَنِّي ظَنِّي بِكَ حِينَ أَمُوتُ
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik hariku ialah hari aku bertemu dengan-Mu, dan sebaik-baik sangkaan ku ialah sangkaan terhadap-Mu ketika aku mati.”
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Wednesday, December 31, 2025
Tuesday, December 30, 2025
Sakit Pembersih Dosa
Selasa, 9 Rejab 1447H | Sakit Pembersih Dosa
عَنْ عبدِ اللهِ بنِ عباسٍ، أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ دَخَلَ علَى أعرابيٍّ يَعُودُهُ، فقالَ: لا بأسَ، طَهُورٌ إنْ شاءَ اللهُ، فقالَ الأعرابيُّ: طَهُورٌ؟! بلْ هيَ حُمَّى تَفُورُ، علَى شيخٍ كبيرٍ تُزِيرُهُ القُبُورَ، فقالَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ: فنَعَمْ إذًا
Daripada Abdullah bin Abbas bahawa Rasulullah SAW telah mengunjungi seorang A'rabi (Arab Badwi) yang sedang sakit. Rasulullah SAW berkata kepadanya: "Tidak mengapa, ini adalah pembersihan (dosa) bagimu jika Allah menghendaki." Lalu, si A'rabi menjawab: "Pembersihan? Tidak, ini adalah demam yang menggelegak pada seorang tua, yang membawa dia menuju ke kubur." Rasulullah SAW menjawab: "Ya, benar, jika itu yang terjadi." (HR Bukhari No: 7470) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Penyakit atau demam yang dialami oleh seseorang adalah sebagai ujian dan akan menjadi pembersihan dosa-dosa yang lalu.
2. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa penyakit, baik ringan atau berat, adalah salah satu bentuk rahmat Allah kepada hamba-Nya, kerana ia memberi peluang untuk taubat dan membersihkan diri daripada dosa.
3. Penyakit, kematian, dan kesusahan adalah sebahagian daripada ketentuan Allah, dan kita sebagai umat Islam harus menerima dan bersabar dengan apa yang telah ditentukan-Nya. Seseorang yang menghadapi sakit dengan sabar dan tidak mengeluh, akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.
4. Islam mengajar umatnya agar tidak hanya melihat ujian dalam bentuk kesakitan atau kesusahan dengan pandangan negatif, tetapi harus meyakini bahawa setiap ujian dari Allah adalah bentuk kasih sayang-Nya untuk menganugerahkan pahala dan menghapuskan dosa kita.
5. Sakit adalah salah satu cara Allah untuk mendekatkan hamba-Nya kepada-Nya, menghapus dosa-dosa kecil, dan sebagai penebus kesalahan.
6. Hadis ini memberikan kita panduan dalam menghadapi penyakit dengan sabar dan bersyukur. Sakit bukanlah semata-mata penderitaan, tetapi merupakan jalan menuju pembersihan dosa. Kita harus berusaha sebaik mungkin untuk sembuh, tetapi pada masa yang sama menerima takdir Allah dan selalu mengingat bahawa setiap ujian adalah peluang untuk mendapatkan pahala dan mendekatkan diri kepada Allah.

Monday, December 29, 2025
Golongan Yang Mendapat Jaminan Allah
Isnin, 8 Rejab 1447H | Golongan Yang Mendapat Jaminan Allah
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: ثَلاثَةٌ كُلُّهُمْ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ، إِنْ عَاشَ رُزِقَ وَكُفِيَ وَإِنْ مَاتَ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ: مَنْ دَخَلَ بَيْتَهُ فَسَلَّمَ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ خَرَجَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ
Daripada Abu Umamah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tiga golongan, semuanya dijamin oleh Allah: jika mereka hidup, mereka akan diberikan rezeki dan dicukupkan; dan jika mereka mati, Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga. (Golongan itu ialah): sesiapa yang masuk ke dalam rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah; sesiapa yang keluar menuju ke masjid (untuk beribadah), maka dia dijamin oleh Allah; dan sesiapa yang keluar di jalan Allah (berjihad), maka dia dijamin oleh Allah." (HR Abu Daud No: 2494) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menurut Ibn Rajab al-Hanbali dalam Jāmi‘ al-‘Ulūm wal-Ḥikam, “Jaminan Allah” bermaksud bahawa Allah menjamin keselamatan, rezeki, perlindungan, dan syurga bagi tiga golongan:
a. Orang yang memberi salam apabila masuk rumah
b. Orang yang menuju ke masjid
c. Orang yang keluar berjihad ke jalan Allah
2. Memberi salam adalah sunnah yang dituntut. Memberi salam menjadi jalan untuk mendapatkan perlindungan Allah.
3. Seseorang yang memasuki rumahnya dengan memberi salam menunjukkan kerendahan hati dan ketundukan kepada Allah. Rumah menjadi tempat yang selamat dan diberkati jika penuh dengan zikir dan salam.
4. Hadis ini menekankan keutamaan pergi ke masjid sebagai tempat ibadah. Menghadiri solat berjemaah merupakan salah satu cara untuk memperkukuh hubungan dengan Allah dan mengeratkan hubungan sesama Muslim dalam kerangka ukhuwah Islamiyah.
5. Berjihad di jalan Allah, dalam pelbagai bentuk seperti melibatkan diri dengan kerja dakwah, berperang, menuntut ilmu, atau berjuang untuk keadilan adalah amal yang paling tinggi. Allah menjamin syurga bagi sesiapa yang melakukannya.

Sunday, December 28, 2025
Teman Yang Baik
Ahad, 7 Rejab 1447H | Bersahabat Dengan Penjual Minyak Wangi Bukan Pembakar Besi
حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً
Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin 'Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa dari bapaknya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu atau kamu mendapatkan bau yang busuk.” (HR Bukhari No: 5534) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Hidup bermasyarakat memerlukan sahabat dan orang lain yang akan saling bertolong bantu bagi menyempurnakan kehidupan.
2. Pelbagai jenis manusia yang berada di sekeliling kita, ada yang baik ada juga yang jahat dan buruk akhlak. Oleh itu penting kita memilih rakan yang baik atau kumpulan yang baik dan soleh.
3. Bergaul dan bersahabat dengan orang yang baik umpama berada di sisi penjual minyak wangi, jika kita tidak membelinya, bau wangi tetap melekat pada tubuh kita. Sahabat yang soleh akan membimbing, mendoakan, dan memberi kesan positif secara langsung atau tidak langsung.
4. Bergaul dan bersahabat dengan orang yang buruk akhlak umpama berada bersama pembakar besi, walaupun kita tidak membakarnya, bahang panasnya tetap kita rasai. Sahabat yang buruk akhlak boleh merosakkan akhlak, iman dan amal seseorang, sama ada secara sedar atau tidak.
5. Hadis ini menunjukkan kepada kita kelebihan duduk bersama-sama orang yang soleh, orang yang baik, orang yang menjaga maruah, orang yang mulia akhlaknya, orang yang warak, ahli ilmu, orang yang beradab di samping larangan duduk bersama-sama orang yang tidak baik, ahli bid’ah, orang yang dibenci masyarakat atau yang melakukan maksiat, malas beramal dan sebagainya yang termasuk di dalam perkara-perkara yang dicela. [Lihat: al-Minhaj, 178/16]
Carilah orang yang soleh dan berakhlak mulia sebagai teman dan sahabat untuk kita bersama mereka. Moga tempias atau aura kebaikannya mempengaruhi kita.

Saturday, December 27, 2025
Bersama-sama Orang Yang Dicintai Di Akhirat
Sabtu, 6 Rejab 1447H | Bersama-sama Orang Yang Dicintai Di Akhirat
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ السَّاعَةِ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ لَا شَيْءَ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ
Daripada Anas RA, dia mengatakan bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hari kiamat. Orang itu mengatakan, ‘Bilakah berlakunya hari kiamat?’ Rasulullah SAW bertanya kembali, ’Apa yang telah engkau persiapkan untuk hari tersebut?’ Orang itu menjawab, ‘Tidak ada, melainkan sesungguhnya saya mencintai Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda, ‘Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.’ Anas RA mengatakan, “Kami tidak pernah merasakan kebahagiaan sebagaimana kebahagiaan kami ketika mendengar sabda Rasulullah SAW: ‘Engkau akan bersama-sama orang yang engkau cintai.’ Anas RA mengatakan, ‘Saya mencintai Nabi SAW , Abu Bakar dan Umar. Saya berharap dapat bersama mereka dengan sebab kecintaanku kepada mereka meskipun saya tidak mampu melakukan amalan yang mereka lakukan. (HR Bukhari No: 3412) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menjadi tanggungjawab kepada orang yang tidak mengetahui untuk bertanya kepada orang yang berilmu sesuatu yang ia tidak jelas dan faham.
2. Setiap mukmin perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan bekalan iman dan amal soleh untuk menghadapi hari akhirat kerana kematian boleh berlaku bila-bila masa.
3. Setiap kita wajib mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segalanya. Cinta yang ikhlas kepada Allah dan Rasul merupakan amalan hati yang sangat bernilai dan diterima di sisi Allah.
4. Seseorang akan dikumpulkan bersama orang yang dicintainya di akhirat. Prinsip ini memberi harapan besar kepada orang beriman untuk bersama golongan soleh, walaupun amalnya terbatas. Cintailah orang yang soleh semasa di dunia ini semoga kita dapat bersama dengan mereka ke syurga.
5. Kecintaan kepada Rasulullah SAW Adalah tanda keimanan dan kesetiaan kepada manhaj Islam yang sebenar.
6. Hadis ini menanamkan harapan, bahawa rahmat Allah tidak terbatas pada kuantiti amalan semata-mata, tetapi juga pada keikhlasan dan kecintaan yang tulus kepada Allah dan Rasul serta para sahabat dan orang-orang yang soleh.

Friday, December 26, 2025
Bergaul Dengan Orang Soleh
Jumaat, 5 Rejab 1447H | Bergaul Dengan Orang Soleh
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ
Daripada Abu Sa'id RA ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan janganlah ada yang memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa." (HR Tirmizi No: 2395) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Pemilihan sahabat memberi kesan besar kepada iman dan akhlak. Bergaul dan bersahabatlah dengan mereka yang beriman dan berakhlak mulia.
2. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa pentingnya memilih sahabat kerana mereka memberi kesan kepada iman dan akhlak seseorang.
3. Sahabat yang baik akan menasihati, mengingatkan kepada akhirat, dan mendorong kita ke arah kebaikan. Manakala sahabat yang buruk boleh membawa kepada kelalaian dan kerosakan akhlak.
4. Iman dan takwa sebagai kriteria utama persahabatan.
Rasulullah SAW menegaskan bahawa asas persahabatan sejati ialah nilai keimanan dan ketakwaan, bukan semata-mata kepentingan dunia.
5. Dalam Syarah Sunan Abi Daud menjelaskan bahawa tabiat atau kebiasaan itu adalah sesuatu yang dicuri (diambil) daripada orang lain (dibimbangi apabila bergaul dengan orang yang tidak berakhlak akan menyebabkan seseorang meniru akhlak buruk tersebut).
6. Islam tidak melarang berbuat baik, bekerjasama atau bermuamalah dengan semua manusia, tetapi menetapkan batasan dalam hubungan yang sangat rapat agar iman terpelihara.
7. Al-Khathabi menyatakan bahawa larangan memakan makanan kecuali orang yang bertakwa hanya berlaku pada makanan undangan bukan makanan kerana keperluan (kita disuruh membantu kepada sesiapapun lebih-lebih lagi kepada yang memerlukan termasuk non muslim juga binatang).
Allah SWT berfirman;
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِيناً وَيَتِيماً وَأَسِيراً
Maksudnya: ‘Dan mereka (al-abrar; orang-orang yang berbuat kebajikan), memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim, dan orang yang ditawan.’ (Surah Al-Insan ayat 8)
Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin menekankan: “Sahabat yang baik umpama wangian, kamu tidak akan rugi berada di sisinya walaupun hanya seketika”. Pastikan teman karib kita orang yang soleh. Moga kesolehannya menjangkit pada kita.

Thursday, December 25, 2025
Sedekah dan Kebaikan
Khamis, 4 Rejab 1447H | Sedekah dan Kebaikan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَقَالَ رَجُلٌ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدِ سَارِقٍ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى سَارِقٍ. فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدَىْ زَانِيَةٍ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ اللَّيْلَةَ عَلَى زَانِيَةٍ فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى زَانِيَةٍ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدَىْ غَنِيٍّ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى غَنِيٍّ فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى سَارِقٍ وَعَلَى زَانِيَةٍ وَعَلَى غَنِيٍّ فَأُتِيَ فَقِيلَ لَهُ أَمَّا صَدَقَتُكَ عَلَى سَارِقٍ فَلَعَلَّهُ أَنْ يَسْتَعِفَّ عَنْ سَرِقَتِهِ وَأَمَّا الزَّانِيَةُ فَلَعَلَّهَا أَنْ تَسْتَعِفَّ عَنْ زِنَاهَا وَأَمَّا الْغَنِيُّ فَلَعَلَّهُ يَعْتَبِرُ فَيُنْفِقُ مِمَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ
Daripada Abu Hurairah RA Rasulullah SAW bersabda: "Ada seorang laki-laki berkata,: Aku pasti akan bersedekah. Lalu dia keluar dengan membawa sedekahnya dan ternyata jatuh ke tangan seorang pencuri. Keesokan paginya orang-orang ramai membicarakan bahawa dia telah memberikan sedekahnya kepada seorang pencuri. Lelaki itu pun berkata : ‘’Segala puji bagi Mu ya Allah aku telah bersedekah.’’. Kemudian dia keluar dengan membawa sedekahnya lalu ternyata jatuh ke tangan seorang penzina. Keesokan paginya orang-orang ramai membicarakan bahawa dia tadi malam memberikan sedekahnya kepada seorang pezina. Maka orang itu berkata, lagi: ‘’Ya Allah, segala puji bagi-Mu, aku telah bersedekah.’’ Kemudian dia keluar lagi dengan membawa sedekahnya lalu ternyata jatuh ke tangan seorang yang kaya. Keesokan paginya orang ramai membicarakan bahawa dia memberikan sedekahnya kepada seorang yang kaya. Maka orang itu berkata,: ‘’Bagi-Mu segala pujian ya Allah’’ (ternyata sedekahku jatuh) kepada seorang pencuri, pezina, dan orang kaya. Maka dikatakan kepada lelaki tersebut: ‘’Sedekah kamu kepada pencuri itu mudah-mudahan akan menyebabkan dia berhenti mencuri. Sedekah kepada penzina pula mudah-mudahan menyebabkan dia berhenti dari perbuatan zina. Manakala sedekah kepada orang kaya pula mudah-mudahan dia akan mengambil pengajaran, lalu dia juga turut membelanjakan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya.’’ (HR Bukhari No: 1421) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sesuatu amal soleh itu tetap mempunyai kesan yang positif walau kepada siapa ia ditujukan, asal sahaja kita melakukannya dengan ikhlas.
2. Walau pun mengenal pasti sasaran dakwah itu penting, namun jangkaan kita tidak semestinya benar. Justeru kita janganlah terlalu berkira mengenai siapa yang menerima amal soleh itu kerana ia tetap akan memberi kesan yang positif.
3. Jangan merasa kecewa jika usaha dakwah kita gagal mengena sasaran. Jangan berputus asa dari melakukan amal soleh disebabkan kesilapan dan ketidaksempurnaan yang berlaku dalam amal kita.
4. Kemungkaran ia berubah dengan pelbagai cara. Boleh jadi seorang yang mencuri bukan kerana dia mahu mencuri dan begitulah juga dengan seorang pelacur. Sehingga apabila dia mempunyai alternatif lain untuk hidup, dia akan meniggalkan perbuatan berkenaan. Orang yang bersedekah seperti ini, mungkin menyelamatkan golongan tersebut dari kemungkaran berterusan bukan dengan mencela orang tersebut atau menghukumnya.
5. Sebagai Muslim dan pendakwah, jangan berputus harap berhadapan dengan golongan ini. Justeru jangan mengabaikan mereka dari usaha dakwah kita. Teruskan usaha kita tanpa menghirau apa orang lain kata.

Wednesday, December 24, 2025
Amalan Sedikit Tapi Berterusan
Rabu, 3 Rejab 1447H | Amalan Sedikit Tapi Berterusan
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR Bukhari No: 6465) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Amalan yang paling dicintai Allah terhadap hambanya adalah yang dilakukan secara berterusan atau istiqamah walaupun jumlahnya sedikit dari sudut kuantiti.
2. Ibn Hajar al-‘Asqalani pula menjelaskan bahawa amalan yang berterusan menunjukkan:
a. kesungguhan hati,
b. kestabilan iman,
c. keikhlasan niat kerana ia dilakukan tanpa dorongan sementara seperti emosi atau semangat bermusim.
3. Amalan kecil tidak boleh dipandang remeh contohnya Zikir ringkas, solat sunat dua rakaat, sedekah sedikit, atau membaca al-Quran beberapa ayat setiap hari. Semuanya bernilai besar jika dilakukan berterusan.
4. ’Alqomah pernah bertanya pada Ummul Mukminin ’Aisyah, ”Wahai Ummul Mukminin, bagaimanakah Rasulullah SAW beramal? Apakah baginda mengkhususkan hari-hari tertentu untuk beramal?” ’Aisyah menjawab,
لاَ. كَانَ عَمَلُهُ دِيمَةً وَأَيُّكُمْ يَسْتَطِيعُ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَطِيعُ
Maksudnya: ”Tidak. Amalan baginda adalah amalan yang berterusan (rutin). Siapa saja di antara kalian pasti mampu melakukan yang baginda lakukan.” (HR Muslim No: 783) Status Hadis Sahih
5. Imam Nawawi mengatakan, ”Ketahuilah bahawa amalan yang sedikit namun berterusan dilakukan, itu lebih baik dari amalan yang banyak namun cuma sesekali saja dilakukan. Amalan sedikit yang rutin dilakukan akan memudahkan amalan ketaatan, zikir, pendekatan diri pada Allah, niat dan keikhlasan dalam beramal, juga akan membuat amalan tersebut diterima Allah. Amalan sedikit yang rutin dilakukan akan memberikan ganjaran yang besar dan berlipat dibandingkan dengan amalan yang banyak namun sesekali saja dilakukan.”(Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 3/133)
6. Amalan yang sedikit tetapi berterusan akan mencegah masuknya virus ”futur” (penat atau jemu untuk beramal). Rasulullah SAW bersabda:
وَلِكُلِّ عَمِلٍ شِرَّةٌ وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةٌ فَمَنْ يَكُنْ فَتْرَتُهُ إِلَى السُّنَّةِ فَقَدِ اهْتَدَى وَمَنْ يَكُ إِلَى غَيْرِ ذَلِكَ فَقَدْ ضَلَّ
Maksudnya: ”Setiap amal itu pasti ada masa semangatnya. Dan setiap masa semangat itu pasti ada masa futur (malasnya). Barangsiapa yang kemalasannya masih dalam sunnah (petunjuk) Nabi SAW, maka dia berada dalam petunjuk. Namun barangsiapa yang keluar dari petunjuk tersebut, sungguh dia telah menyimpang.”(HR Thobroni 13/429 dalam Al Mu’jam Al Kabir) Status: Hadis Sahih
7. Islam menolak sikap melampau dalam ibadah. Amalan yang terlalu berat sering menyebabkan keletihan dan akhirnya ditinggalkan, sedangkan amalan sederhana lebih mudah dipelihara.

Tuesday, December 23, 2025
Rejab Bulan Haram
Selasa, 2 Rejab 1447H | Rejab Bulan Haram
عن أبي بكرة نفيع بن الحارث رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
Daripada Abi Bakrah Nafi’ bin al Harith RA, dari Nabi SAW bersabda: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Syaaban.” (HR Bukhari No: 4054) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) bermaksud bulan ini diharamkan berperang dan juga ia adalah bulan yang suci, di mana Allah SWT mengharamkan sebarang kezaliman.
2. Mengikut Syeikh Mustafa al-Bugho, perkataan Mudhor pada Rejab ini dinisbahkan kepada satu kabilah yang dinamakan Bani Mudhor kerana kabilah ini amat menjaga akan pengharaman bulan tersebut berbanding bulan-bulan lain.
3. Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 130/4)
4. Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata’if al-ma’arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj yang menurut majoriti ulama’ ia berlaku pada 27 Rejab.
5. Bulan Rejab antara empat bulan Haram dimana kita digalak menggandakan setiap amalan yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut.
6. Hadis ini menegaskan bahawa pengurusan masa, penghormatan terhadap bulan-bulan tertentu, dan kepatuhan kepada syariat adalah sebahagian daripada ketaatan kepada Allah. Bulan-bulan haram merupakan ruang tarbiah rohani untuk meningkatkan ketakwaan dan menjauhi kezaliman.
7. Kita telah memasuki bulan Rejab, Abu Bakr Al-Balkhi berkata:
شَهْرُ رَجَبٍ شَهْرُ الزَّرْعِ وَشَهْرُ شَعْبَانَ شَهْرُ سَقْيِ الزَّرْعِ وَشَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرُ حِصَادِ الزَّرْعِ
Maksudnya: Bulan Rejab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadhan waktu menuai hasil.
Untuk itu, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita seperti solat sunat, puasa sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi sebagai persiapan bertemu Ramadan nanti.

Monday, December 22, 2025
Kebahagiaan Sebenar
Isnin, 1 Rajab 1447H | Kebahagiaan Sebenar
عن عبدالله بن عمرو قالَ, قالَ رَسولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: قَدْ أَفْلَحَ مَن أَسْلَمَ، وَرُزِقَ كَفَافًا، وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بما آتَاهُ
Daripada Abdullah bin Amru RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya telah berjaya orang yang memeluk Islam, diberi rezeki yang mencukupi, dan Allah menjadikannya merasa cukup dengan apa yang telah diberikan kepadanya." (HR Muslim No: 1054) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Imam al-Nawawi dalam syarah Sahih Muslim menjelaskan bahawa keberuntungan dan kejayaan sebenar adalah apabila seseorang berada dalam agama Islam yang benar.
2. Islam memberikan panduan lengkap kepada kehidupan dunia dan keselamatan di akhirat. Kejayaan seseorang bukan diukur dengan harta atau pangkat, tetapi dengan keimanan dan ketaatan kepada Allah.
3. Memiliki rezeki yang mencukupi lebih membawa kepada ketenangan jiwa, berbanding rezeki yang melimpah tetapi mengundang tamak dan kelalaian.
4. Qana'ah adalah sifat redha dan berpuas hati dengan ketentuan rezeki daripada Allah, tidak tamak atau iri hati dengan rezeki orang lain serta merasakan cukup dengan apa yang ada sambil tetap berusaha.
5. Sifat qana‘ah adalah kunci kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Qana’ah menjadikan seseorang bersyukur dan tidak tamak. Malah dia tidak gelisah mengejar dunia, tidak hasad kepada orang lain, dan hidupnya tenteram.
6. Hadis ini memberikan gambaran tentang kebahagiaan dan kejayaan sebenar menurut Islam:
a. Beriman dan beramal soleh (Islam)
b. Rezeki yang mencukupi (kafāf)
c. Hati yang redha dan bersyukur (qana‘ah)

Sunday, December 21, 2025
Jadilah Wanita Solehah
Ahad, 30 Jamadil Akhir 1447H | Jadilah Wanita Solehah
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّتْ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
Daripada Abdurrahman bin Auf berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya akan dikatakan kepadanya; 'Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu inginkan'." (HR Ahmad No: 1573) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Wanita yang solehah di hari akhirat diberi kelebihan untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dikehendaki dengan syarat memenuhi empat kriteria berikut:
a) Melaksanakan solat lima waktu dengan sempurna. Solat adalah tiang agama dan amalan pertama yang akan dihisab. Orang yang menjaga solatnya membuktikan hubungan yang kukuh dengan Allah.
b) Berpuasa wajib di bulan Ramadhan. Puasa bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum di siang hari malah melatih diri dengan sifat sabar dan menjauhi perbuatan buruk yang boleh mengurangkan pahala ibadat puasa.
c) Menjaga kemaluan (menjauhi berzina). Orang yang menjaga maruah dan kehormatan diri termasuk menjauhi pergaulan bebas.
d) Taat dan berbakti kepada suami. Ketaatan kepada suami adalah sebahagian daripada ketaatan kepada Allah, selama mana suami tidak memerintahkan perkara haram.
2. Islam sangat menghargai peranan wanita dalam menjaga agama dan keluarga.
3. Menjaga maruah dan kehormatan diri adalah tuntutan utama kepada Muslimah. Berusahalah menjadi wanita yang solehah.
4. Hadis ini menjadi motivasi kepada wanita Muslimah bahawa jalan ke syurga bukanlah sukar, bahkan mudah dicapai jika mereka menunaikan ibadah wajib, menjaga maruah, dan berperanan baik dalam keluarga.

Saturday, December 20, 2025
Sebaik-baik Perhiasan
Sabtu, 29 Jamadil Akhir 1447H | Sebaik-baik Perhiasan
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR Muslim No: 715) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Allah menciptakan wanita dengan kelebihan tertentu.
2. Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah.
3. Imam Qurthubi menjelaskan wanita solehah dalam hadis tersebut sebagai wanita yang menggembirakan (suami) apabila dilihat, apabila diberi arahan dia taat, dan apabila ketiadaan suaminya dia memelihara (kehormatan suaminya) pada dirinya dan juga hartanya.
4. Imam al-Qurtubi juga menjelaskan bahawa wanita solehah bukan sahaja perhiasan dunia, malah penyumbang besar kepada kejayaan akhirat seseorang lelaki, kerana dia menjadi peneman dalam ibadah, menjaga harta dan kehormatan suami serta mendidik anak-anak atas dasar Islam.
5. Wanita Solehah adalah sebaik-baik harta seorang lelaki. Rasulullah SAW bersabda:
أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ
Maksudnya: “Hendakkah kamu aku beritahu tentang sebaik-baik harta seorang lelaki iaitu wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” (HR Abu Daud No: 1664) Status: Hadis Sahih
6. Wanita yang solehah adalah merupakan isteri yang menjadi tunjang kekuatan kepada suami.
7. Wanita solehah adalah kunci kebahagiaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Rasulullah SAW menyifatkan dia sebagai sebaik-baik "perhiasan" kerana dia bukan sahaja menjaga suami dan rumah tangga, malah menjadi pelindung daripada godaan dunia.

Friday, December 19, 2025
Larangan Mencela Simati
Jumaat, 28 Jamadil Akhir 1447H | Larangan Mencela Simati
عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: لَا تَسُبُّوا الْأَمْوَاتَ، فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّمُوا
Daripada Aisyah Ummu Mukminin berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu mengutuk orang-orang yang telah meninggal dunia, sesungguhnya mereka telah sampai kepada apa yang telah mereka kerjakan dahulu." (HR Bukhari No: 1393) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam melarang sama sekali mengutuk, mencela, atau menghina orang yang sudah meninggal dunia. Sebabnya, mereka sudah tidak dapat lagi melakukan sebarang amalan untuk membela diri mereka.
2. Orang yang telah meninggal dunia telah sampai ke balasan amalannya, sama ada baik atau buruk. Apa yang telah mereka lakukan di dunia menjadi penentu kedudukan mereka di akhirat.
3. Islam sangat menekankan adab dan menghormati orang mati. Mengutuk orang yang telah mati dianggap perbuatan yang buruk dan melanggar etika serta akhlak Islam.
4. Kita tidak tahu dengan pasti bagaimana keadaan orang mati itu di sisi Allah. Meskipun mereka mungkin melakukan kesalahan semasa hidup. Mereka mungkin telah bertaubat dan menerima ampunan, atau mereka mungkin telah dihukum. Hanya Allah yang mengetahui nasib mereka. Oleh itu, kita tidak berhak untuk menghukum atau mengutuk mereka.
5. Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari menjelaskan bahawa mengutuk orang mati hanya akan menambah dosa bagi yang mengutuk, kerana kita tidak tahu nasib orang yang sudah meninggal dunia. Bagi orang yang telah meninggal, segala amal perbuatannya telah dihitung, dan kita hanya dapat mendoakan agar mereka mendapat rahmat dan pengampunan Allah.
6. Hadis ini mengingatkan supaya kita tidak sibuk menghina atau menyalahkan yang sudah tiada, tetapi lebih baik berusaha memperbaiki amalan sendiri sebelum mati.

Thursday, December 18, 2025
Jauhi Amalan Jahiliah
Khamis, 27 Jamadil Akhir 1447H | Jauhi Amalan Jahiliah
عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: أَرْبَعٌ فِي أُمَّتِي مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ، لَا يَتْرُكُونَهُنَّ: الْفَخْرُ فِي الْأَحْسَابِ، وَالطَّعْنُ فِي الْأَنْسَابِ، وَالِاسْتِسْقَاءُ بِالنُّجُومِ، وَالنِّيَاحَةُ. وَقَالَ: «النَّائِحَةُ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ مَوْتِهَا، تُقَامُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَعَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَانٍ، وَدِرْعٌ مِنْ جَرَبٍ
Daripada Abi Malik al Asyaari berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Empat perkara daripada amalan jahiliah masih ada dalam kalangan umatku yang mereka tidak tinggalkan: bermegah-megah dengan keturunan, mencela nasab (keturunan orang lain), meminta hujan melalui bintang-bintang, dan meratap kematian secara berlebihan. Nabi bersabda lagi: Perempuan yang meratap (menangis berlebih-lebihan ketika kematian) jika tidak bertaubat sebelum dia mati, maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan memakai pakaian daripada cairan tar dan baju daripada penyakit gatal (kudis atau kurap).” (HR Muslim No: 934) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim wajib meninggalkan amalan Jahiliah dalam kehidupan seharian.
2. Empat amalan jahiliah yang perlu dijauhi antaranya berbangga dan bermegah dengan keturunan atau asal usul, mencela atau merendahkan orang lain, mempercayai Bintang atau astrologi, dan meratap atau meraung Ketika kematian.
3. Bermegah dengan keturunan sambil merendahkan orang lain yang dianggap tidak setaraf dengannya adalah amalan jahiliah. Islam tidak mengukur kemuliaan seseorang dengan asal keturunan, tetapi berdasarkan ketaqwaan
4. Mencela atau merendah-rendahkan keturunan orang lain, memperlekeh serta menghina boleh mencetuskan permusuhan dan perkauman, ia bertentangan dengan ajaran Islam yang menggalakkan ukhuwwah dan kesatuan umat.
5. Kepercayaan bahawa kedudukan atau pergerakan bintang boleh menyebabkan turunnya hujan atau percaya kepada ramalan bintang adalah bentuk syirik kecil kerana meyakini sesuatu selain Allah yang memberi rezeki dan mengatur alam.
6. Meratapi kematian dengan tangisan dan teriakan adalah perbuatan yang dilarang kerana ia menunjukkan tidak redha terhadap qada' dan qadar Allah.

Wednesday, December 17, 2025
Tempoh Berkabung Wanita Kerana Kematian
Rabu, 26 Jamadil Akhir 1447H | Tempoh Berkabung Wanita Kerana Kematian
عن أُمُّ حَبِيبَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا سَمِعْتُ النبيَّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يقولُ: لا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ باللَّهِ واليَومِ الآخِرِ، أَنْ تُحِدَّ علَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ، إلَّا علَى زَوْجٍ، فإنَّهَا تُحِدُّ عليه أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وعَشْرًا
Daripada Ummu Habibah RA, aku telah mendengar Nabi SAW bersabda: 'Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkabung atas kematian seseorang lebih dari tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, maka dia berkabung selama empat bulan sepuluh hari.'" (HR Bukhari No: 1486) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Al-Ihdad atau berkabung ialah meninggalkan perhiasan, wangian, bersolek dan pakaian yang menarik perhatian selama tempoh tertentu selepas kematian seseorang sebagai tanda duka dan kesedihan terhadap kematian seseorang.
2. Tempoh berkabung bagi wanita:
a) 3 hari sahaja untuk kematian selain suami (contohnya ibu, ayah atau anak).
b) 4 bulan 10 hari untuk isteri kematian suami (iddah)
3. Menurut Ibn Qudamah dalam al-Mughni, wanita yang dalam tempoh iḥdad dilarang berhias, bersolek, memakai bau-bauan, atau keluar tanpa keperluan syarie, kecuali untuk hal darurat (seperti berubat atau bekerja jika tiada penanggung).
4. Al-Nawawi menyatakan bahawa seorang perempuan dibenarkan untuk berkabung atas kematian seseorang selain daripada suaminya selama tiga hari sahaja. Jika ia melebihi daripada itu, maka haram hukumnya menurut mazhab al-Syafi’i.
5. Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa larangan melebihi tiga hari untuk berkabung adalah untuk menjaga kebajikan wanita, agar tidak berlarutan dalam kesedihan dan boleh kembali kepada rutin kehidupannya.
6. Hadis ini menjelaskan bahawa Islam tidak membiarkan manusia hanyut dalam kesedihan, sebaliknya meletakkan batasan dan panduan dalam menghadapi kehilangan orang tersayang.

Tuesday, December 16, 2025
Larangan Wanita Bermusafir Tanpa Mahram
Selasa, 25 Jamadil Akhir 1447H | Larangan Wanita Bermusafir Tanpa Mahram
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، أَنْ تُسَافِرَ مَسِيرَةَ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، إِلَّا وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ عَلَيْهَا
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak halal (haram) bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan (musafir) sejauh sehari semalam perjalanan, melainkan bersama-sama mahramnya (lelaki yang haram dinikahi secara kekal)." (HR Bukhari No: 1088) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam sangat menitikberatkan keselamatan dan maruah wanita, terutama apabila bermusafir jauh.
2. Wanita beriman dilarang bermusafir tanpa ditemani mahram jika jarak perjalanan jauh yang mengambil masa sehari semalam sama ada melalui darat, udara atau laut kerana boleh mendedahkan wanita kepada fitnah atau bahaya.
3. Larangan ini adalah bertujuan menjaga keselamatan dan maruah wanita. Namun jika terdapat jaminan keselamatan dan keperluan mendesak, terdapat kelonggaran dengan syarat tertentu seperti bermusafir dalam rombongan yang aman dan dipercayai.
4. Ulama’ mazhab Maliki dan juga al-Syafie mengatakan harus bagi wanita muslimah yang tidak memiliki mahram untuk melakukan haji apabila dia telah memenuhi syarat wajib haji tetapi hendaklahh ditemani oleh sekumpulan wanita yang dipercayai. [Lihat: Mughni al-Muhtaj; 2/216-217, al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 25/38]
5. Mahram ialah lelaki yang haram dinikahi selama-lamanya seperti: ayah, abang, anak lelaki, bapa saudara, anak saudara, datok dan suami. Tanggungjawab mahram adalah melindungi dan menemani wanita dalam perjalanan penting.
6. Larangan wanita bermusafir tanpa mahram bukan untuk menyulitkan, tetapi untuk melindungi.

Monday, December 15, 2025
Larangan Wanita Berwangian Keluar Rumah
Isnin, 24 Jamadil Akhir 1447H | Larangan Wanita Berwangian Keluar Rumah
عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ، فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا؛ فَهِيَ زَانِيَةٌ
Daripada Abu Musa Al-Asyari, Rasulullah bersabda: "Mana-mana wanita yang memakai wangian, lalu dia berjalan melalui sekumpulan lelaki agar mereka dapat mencium baunya, maka dia adalah seorang penzina." (HR Abu Daud No: 4173) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Islam sangat menekankan penjagaan maruah wanita, dan melarang segala bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah.
2. Wanita Muslimah tidak dibenarkan memakai minyak wangi berlebihan apabila keluar rumah, terutama di tempat awam yang terdapat lelaki bukan mahram.
3. Dilarang wanita memakai wangian yang kuat dan sengaja memakainya untuk menarik perhatian kaum lelaki bukan mahram.
4. Lafaz “dia adalah penzina” bukan bermaksud dia berzina secara fizikal, tetapi sebagai bentuk celaan keras terhadap perbuatan memakai wangian apabila keluar rumah boleh membawa kepada zina.
5. Larangan ini adalah untuk menjaga kehormatan dan maruah wanita, menghalang fitnah yang boleh timbul daripada tarikan bau, rupa, atau gaya yang berlebihan serta menutup jalan ke arah zina hati, zina mata, dan zina pancaindera.

Sunday, December 14, 2025
Ucapan Untuk Pasangan Pengantin
Ahad, 23 Jamadil Akhir 1447H | Ucapan Untuk Pasangan Pengantin
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ
Daripada Abu Hurairah RA bahawa sesungguhnya Nabi SAW apabila menducapkan tahniah kepada seseorang yang baru berkahwin, baginda membaca: "BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR (semoga Allah memberkati kamu dan memberkati atas pernikahan kamu, dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan)." (Sunan Tirmizi No: 1011) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Apabila seseorang mendapat kebaikan, kita digalak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan buat mereka.
2. Perkahwinan adalah institusi yang perlu dimulai dengan keberkatan. Rumah tangga tidak dibina hanya atas cinta atau adat, tetapi dengan doa, bimbingan dan rahmat Allah.
3. Apabila ada orang yang berkahwin, kita disunahkan memberi ucapan dan mendoakan kepada pasangan pengantin yang kita raikan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ
"BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR
(semoga Allah memberkati kamu dan memberkati atas pernikahan kamu, dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan).
4. Mendoakan orang lain adalah amalan yang digalakkan dan membawa pahala. Ulama menyebut bahawa doa kepada orang lain, terutama pada momen gembira, menguatkan ukhuwah dan menggandakan ganjaran.

Saturday, December 13, 2025
Menghadiri Majlis Walimah
Ahad, 22 Jamadil Akhir 1447H | Menghadiri Majlis Walimah
عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِذَا دُعِىَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا
Daripada Ibnu Umar dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu diundang ke majlis kenduri perkahwinan (walimah), maka hendaklah ia menghadirinya. (HR. Bukhari No: 5173). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Majlis walimah (kenduri perkahwinan) bertujuan untuk menzahirkan kesyukuran atas pernikahan di samping bertujuan untuk menghebahkan perkahwinan kepada Masyarakat.
2. Ulama bersepakat bahawa wajib menghadiri kenduri perkahwinan apabila diundang jika majlis kenduri itu tidak bercampur aduk dengan maksiat.
Abu Hurairah mengatakan,
شَرُّ الطَّعَامِ طَعَامُ الْوَلِيمَةِ يُدْعَى لَهَا الأَغْنِيَاءُ ، وَيُتْرَكُ الْفُقَرَاءُ ، وَمَنْ تَرَكَ الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ – صلى الله عليه وسلم –
Seburuk-buruk makanan kenduri kahwin ialah kenduri yang hanya dijemput orang-orang kaya, dan tidak dijemput orang miskin. Sesiapa yang tidak memenuhi jemputan maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasulnya SAW. (HR Bukhari No: 5177) Status: Hadis Sahih
3. Syarat-syarat yang menjadikan seseorang wajib menghadiri kenduri perkahwinan:
a. Jemputan tidak dikhaskan kepada orang-orang kaya sahaja
b. Jemputan itu memang ditujukan khas kepada kita (bukan jemputan umum contohnya hanya diumumkan imam selepas solat untuk para jamaah
c. Yang menjemput itu adalah Muslim
d. Yang dijemput tidak mempunyai keuzuran seperti sakit dan sebagainya
4. Haram menghadiri kenduri perkahwinan yang diisi dengan perkara maksiat. Akan tetapi jika seseorang mampu mengubah maksiat itu agar berhenti dengan kehadirannya, hendaklah dia hadir. Sebahagian ulama berpendapat boleh hadir kerana bukan kita yang melakukan maksiat itu.
5. Ulama berbeza pendapat tentang hukum memenuhi jemputan kenduri selain majlis perkahwinan. Di sisi mazhab Syafie, hukum memenuhi jemputan kenduri selain perkahwinan adalah tidak wajib.
Hujung tahun ini ramai orang mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Tunaikan jemputan jika tiada sebarang keuzuran syarie.

Friday, December 12, 2025
Dosa Disisi Mukmin dan Ahli Maksiat
Jumaat, 21 Jamadil Akhir 1447H | Dosa Disisi Mukmin dan Ahli Maksiat
عَنْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا
Daripada Abdullah bin Mas’ud ra berkata, bahwa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya seorang mukmin (ketika) ia melihat dosa-dosanya, adalah seperti (ketika) ia duduk di lereng sebuah gunung, dan ia sangat khuatir gunung itu akan menimpanya. Sedangkan seorang fajir (orang yang selalu berbuat dosa), ketika ia melihat dosa-dosanya adalah seperti ia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian ia mengusirnya seperti ini lalu terbang (ia menganggap remeh dosa).” (HR Bukhari No: 6309) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Di antara ciri keimanan seseorang kepada Allah adalah rasa takut dan khuatir yang sangat besar dan mendalam terhadap dosa yang dilakukannya walaupun kecil.
2. Orang Mukmin, sentiasa merasa kepedihan yang mendalam jika berbuat dosa dan merasa takut, seumpama berada di lereng sebuah gunung dan khuatir gunung tersebut akan jatuh menimpanya.
3. Seorang ahli maksiat tidak takut akan perbuatan maksiat dan dosa-dosanya, sehingga setiap hari hidupnya bergelumang dengan kemaksiatan dan dosa.
4. Orang yang biasa berbuat dosa, menganggap remeh dosa-dosanya, seakan seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya, lalu mengusirnya (menganggap dosanya seperti hinggapan lalat saja).
5. Sikap meremehkan dosa adalah tanda lemahnya iman. Seterusnya boleh membawa kepada kerosakan akhlak dan hilangnya rasa taubat.
6. Seorang pelaku maksiat, apabila dilakukan berterusan, hatinya menjadi keras, maka mereka tidak akan peduli, atau malah berbangga diri ketika melakukan kemungkaran dan dosa. (Lihat Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah, hlm. 294-295)
7. Ibn al-Qayyim menyebut: “Jika hati sudah semakin gelap, maka amat sulit untuk mengenal petunjuk kebenaran.” (Lihat Madarij al-Salikin, 2/292)
Seorang Mukmin, apabila dia melihat sesuatu perbuatan dosa pada dirinya, maka ia harus bersungguh-sungguh menjauhinya.

Thursday, December 11, 2025
Riyak dan Sum’ah Dalam Beramal
Khamis, 20 Jamadil Akhir 1447H | Riyak dan Sum’ah Dalam Beramal
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya manusia yang pertama kali dihisab pada Hari Kiamat ialah seseorang yang mati syahid, lalu diperlihatkan kepadanya segala nikmat yang telah diberikan kepadanya dan diapun mengakuinya. Allah bertanya kepadanya: 'Apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat-nikmat itu di dunia wahai hamba-Ku?. Dia menjawab: 'Saya telah berjuang dan berperang demi Engkau ya Allah sehingga saya mati syahid.' Allah berfirman: ‘Kamu berdusta, sebenarnya kamu berperang bukan kerana untuk-Ku, melainkan agar kamu disebut sebagai orang yang berani. Kini kamu telah menyandang gelar tersebut.' Kemudian diperintahkan kepadanya supaya diseret di atas wajahnya kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Dan didatangkan pula seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan pembaca Al-Quran yang membacanya, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan sehingga ia mengakuinya dengan jelas, Allah bertanya: 'Apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat itu? ' Dia menjawab, 'Saya telah belajar ilmu dan mengajarkannya, saya juga membaca Al-Quran demi Engkau.' Allah berfirman: ‘Engkau dusta! Engkau menuntut ilmu agar dikatakan seorang ‘alim (yang berilmu) dan engkau membaca al-Quran supaya dikatakan seorang qari’ (pembaca al-Qur-an yang baik). Kini kamu telah dikatakan seperti itu, kemudian diperintahkan kepadanya supaya diseret di atas wajahnya kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Dan seorang lelaki yang diberi keluasan rezeki oleh Allah, kemudian dia menginfakkan hartanya semua, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan sehingga ia mengakuinya dengan jelas.' Allah bertanya: 'Apa yang telah kamu perbuat dengannya? 'dia menjawab, 'Saya tidak meninggalkannya sedikit pun melainkan saya infakkan harta benda tersebut di jalan yang Engkau ridhai." Allah berfirman: 'Kamu dusta, akan tetapi kamu melakukan hal itu supaya kamu dikatakan seorang yang dermawan, dan kini kamu telah dikatakan seperti itu.' Kemudian diperintahkan kepadanya supaya diseret di atas wajahnya kemudian dicampakkan ke dalam neraka." (HR Muslim No: 3527) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Amal yang dilakukan tidak ikhlas malah dilandasi dengan riyak (untuk menunjuk atau dilihat manusia) dan sum’ah (beramal agar didengar oleh manusia) tidak akan diterima sebagai amal soleh.
2. Syarat pokok diterima suatu amal soleh adalah ikhlas kerana Allah semata-mata, dan amal tersebut sesuai dan selari dengan contoh yang ditunjukkan oleh Sunnah Rasulullah SAW.
3. Tiga golongan manusia yang dimasukkan ke dalam neraka dan tidak mendapat penolong selain Allah walaupun membawa amal yang besar, tetapi melakukannya kerana riyak dan ingin mendapatkan pujian dan sanjungan:
a. Berjihad dan mati syahid supaya disanjung
b. Belajar ilmu dan pembaca al-Quran supaya dipuji
c. Dermawan harta supaya dilihat dan disebut-sebut

4. Riyak dan sum'ah ialah syirik kecil yang merosakkan ibadah. Sesiapa yang melakukan ibadah kerana menginginkan pujian manusia, hakikatnya dia telah menghapuskan pahala ibadah tersebut. Dia tidak akan mendapatkan apa-apa ganjaran daripada Allah SWT kelak.
5. Imam Ibn Rajab al-Hanbali dalam Jami‘ al-‘Ulum wa al-Hikam menyatakan bahawa niat adalah asas utama amalan, dan amalan yang tidak ikhlas bukan sahaja ditolak, bahkan membawa kepada azab.

Wednesday, December 10, 2025
Tunaikan Hak Orang Di Bawah Jagaan
Rabu, 19 Jamadil Akhir 1447H | Tunaikan Hak Orang Di Bawah Jagaan
عن خَيْثَمَةَ، قال: كُنَّا جُلُوسًا مَعَ عَبْدِ اللَّهِ بنِ عَمْرٍو، إِذْ جَاءَهُ قَهْرَمَانٌ لَهُ، فَدَخَلَ، فَقالَ: أَعْطَيْتَ الرَّقِيقَ قُوتَهُمْ؟ قَالَ: لَا، قَالَ: فَانْطَلِقْ فَأَعْطِهِمْ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَفَى بالمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يَحْبِسَ عَمَّنْ يَمْلِكُ قُوتَهُ
Daripada Khaithamah, beliau berkata: "Ketika kami sedang duduk bersama Abdullah bin Amru, tiba-tiba datang seorang pembantu menemuinya. Abdullah bertanya kepadanya: 'Adakah kamu telah memberikan makanan kepada hamba-hamba (rakyat atau pekerja) itu?' Dia menjawab: 'Belum.' Maka Abdullah berkata: 'Pergilah dan berikan kepada mereka.' Kemudian Abdullah berkata: 'Rasulullah SAW bersabda: Cukuplah seseorang itu berdosa apabila dia menahan makanan daripada orang yang berada di bawah tanggungannya.'" (HR Muslim No: 996) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Imam al-Nawawi menjelaskan dalam syarah Sahih Muslim bahawa hadis ini menunjukkan wajibnya memberikan nafkah kepada sesiapa yang berada di bawah tanggungan, termasuk hamba, isteri, anak-anak dan pekerja.
2. Menafikan hak orang di bawah tanggungan seperti makan dan minum juga keperluan asasnya adalah berdosa.
3. Penting setiap majikan memastikan kebajikan pekerja, termasuk membayar gaji tepat pada waktunya dan menyediakan kemudahan yang sewajarnya.
4. Pemimpin atau majikan mesti bertanggungjawab penuh kepada pekerja di bawahnya. Tidak cukup sekadar melantik pembantu, tetapi juga perlu menyelia dan memastikan tanggungjawab terlaksana.
5. Islam bukan hanya agama ibadah semata-mata, tetapi juga menuntut agar umatnya berlaku adil dan berperikemanusiaan terhadap semua lapisan masyarakat, termasuk mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya.

Tuesday, December 9, 2025
Tunaikan Hak Terhadap Harta dan Haiwan Ternakan
Selasa, 18 Jamadil Akhir 1447H | Tunaikan Hak Terhadap Harta dan Haiwan Ternakan
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ صَاحِبِ إِبِلٍ، لَا يَفْعَلُ فِيهَا حَقَّهَا، إِلَّا جَاءَتْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرَ مَا كَانَتْ قَطُّ، وَأُقْعِدَ لَهَا بِقَاعٍ قَرْقَرٍ، تَسْتَنُّ عَلَيْهِ بِقَوَائِمِهَا وَأَخْفَافِهَا. وَمَا مِنْ صَاحِبِ بَقَرٍ، لَا يَفْعَلُ فِيهَا حَقَّهَا، إِلَّا جَاءَتْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرَ مَا كَانَتْ، وَأُقْعِدَ لَهَا بِقَاعٍ قَرْقَرٍ، تَنْطَحُهُ بِقُرُونِهَا، وَتَطَؤُهُ بِقَوَائِمِهَا. وَلَا صَاحِبَ غَنَمٍ، لَا يَفْعَلُ فِيهَا حَقَّهَا، إِلَّا جَاءَتْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرَ مَا كَانَتْ، وَأُقْعِدَ لَهَا بِقَاعٍ قَرْقَرٍ، تَنْطَحُهُ بِقُرُونِهَا، وَتَطَؤُهُ بِأَظْلَافِهَا، لَيْسَ فِيهَا جَمَّاءُ، وَلَا مُنْكَسِرٌ قَرْنُهَا. وَلَا صَاحِبَ كَنْزٍ، لَا يَفْعَلُ فِيهِ حَقَّهُ، إِلَّا جَاءَ كَنْزُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شُجَاعًا أَقْرَعَ، يَتْبَعُهُ، فَاغِرًا فَاهُ، فَإِذَا أَتَاهُ فَرَّ مِنْهُ، فَيُنَادِيهِ رَبُّهُ عَزَّ وَجَلَّ: خُذْ كَنْزَكَ الَّذِي خَبَّأْتَهُ، فَأَنَا أَغْنَى مِنْكَ، فَإِذَا رَأَى أَنَّهُ لَا بُدَّ لَهُ مِنْهُ، سَلَكَ يَدَهُ فِي فِيهِ، فيَقضِمُها قَضْمَ الفَحْلِ
Daripada Jabir bin Abdillah Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada seorang pemilik unta yang tidak menunaikan haknya (seperti zakat dan penjagaan), melainkan unta-unta itu akan datang pada Hari Kiamat dalam jumlah yang lebih banyak daripada sebelumnya. Lalu dia akan didudukkan di satu tanah yang luas dan rata, lalu unta-unta itu akan memijaknya dengan kaki dan tapaknya. Begitu juga, tidak ada pemilik lembu yang tidak menunaikan haknya, melainkan lembu-lembu itu akan datang pada Hari Kiamat dalam jumlah yang lebih banyak, dan dia akan didudukkan di satu tanah yang luas dan rata, lalu haiwan-haiwan itu akan menanduknya dengan tanduk mereka dan memijaknya dengan kaki mereka. Demikian juga pemilik kambing yang tidak menunaikan haknya, maka kambing-kambing itu akan datang pada Hari Kiamat dalam jumlah yang banyak, lalu dia akan didudukkan di satu tanah yang luas dan rata, dan kambing-kambing itu akan menanduknya dengan tanduk dan memijaknya dengan kuku mereka. Tidak ada seekor pun daripadanya yang bertanduk patah atau tidak bertanduk. Dan tidak ada pemilik harta (simpanan) yang tidak menunaikan haknya (seperti zakat), melainkan hartanya itu akan datang pada Hari Kiamat dalam bentuk seekor ular besar yang botak di kepalanya, mengejarnya sambil membuka mulut untuk menggigit. Apabila ular itu mendekatinya, dia cuba melarikan diri daripadanya, lalu Allah menyerunya: 'Ambillah harta simpananmu yang kamu sembunyikan dahulu. Aku tidak memerlukan harta itu (kerana Aku Maha Kaya).' Apabila dia tahu tiada jalan untuk lari, ular itu akan menyambar tangannya dan menggigitnya dengan gigitan kuat seperti gigitan unta jantan." (HR Muslim No 988) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Mengeluarkan zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam sama ada zakat binatang ternakan, zakat harta mahupun zakat tumbuh-tumbuhan.
2. Menunaikan hak haiwan adalah wajib sama ada penjagaan terhadapnya seperti makan dan minum juga hak untuk mengeluarkan zakat hawan ternakan. Islam sangat menekankan tanggungjawab pemilik terhadap haiwan ternakan.
3. Zakat bukan sekadar ibadah, bahkan menjadi hak orang lain dalam harta kita. Mengabaikannya adalah satu bentuk kezaliman.
4. Harta boleh menjadi azab jika disalahgunakan atau tidak digunakan untuk perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT.
5. Orang yang tidak menunaikan hak terhadap hartanya dengan mengeluarkan zakat, akan menerima azab gigitan ular dihari akhirat.
6. Hadis ini adalah peringatan kepada kita agar tidak lalai dalam menunaikan tanggungjawab terhadap pengurusan harta dan kebajikan haiwan.

Monday, December 8, 2025
Tiga Jenis Teman Rapat
Isnin, 17 Jamadil Akhir 1447H | Tiga Jenis Teman Rapat
عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قَالَ: مَا مِنْ عَبْدٍ وَلَا أَمَةٍ إِلَّا وَلَهُ ثَلَاثَةُ أَخِلَّاءَ: فَخَلِيلٌ يَقُولُ: أَنَا مَعَكَ، فَخُذْ مَا شِئْتَ، وَدَعْ مَا شِئْتَ؛ فَذَلِكَ مَالُهُ. وَخَلِيلٌ يَقُولُ: أَنَا مَعَكَ، فَإِذَا أَتَيْتَ بَابَ الْمَلِكِ تَرَكْتُكَ؛ فَذَلِكَ خَدَمُهُ وَأَهْلُهُ. وَخَلِيلٌ يَقُولُ: أَنَا مَعَكَ حَيْثُ دَخَلْتَ، وَحَيْثُ خَرَجْتَ؛ فَذَلِكَ عَمَلُهُ
Daripada Nukman bin Basyir RA dari Nabi SAW bersabda: Tiada seorang hamba lelaki atau perempuan pun melainkan dia mempunyai tiga orang teman rapat. Salah seorang daripadanya berkata: 'Aku bersama kamu, ambillah apa yang kamu mahu dan tinggalkan apa yang kamu mahu'; itulah hartanya. Teman yang kedua berkata: 'Aku bersama kamu, tetapi apabila kamu sampai di pintu raja (kematian), aku akan meninggalkan kamu'; itulah keluarga dan pembantunya. Dan teman yang ketiga berkata: 'Aku bersama kamu ke mana sahaja kamu masuk dan ke mana sahaja kamu keluar'; itulah amalannya." (HR At-Tobrani (119/21) (142) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Tiga jenis teman rapat (khilal) yang setiap kita miliki dalam hidup ini iaitu harta, keluarga, dan amalan:
a. Pertama harta iaitu sesuatu yang kita usaha dan kumpulkan sepanjang hidup. Harta ini boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan, tetapi pada akhirnya akan ditinggalkan apabila mati dan tidak boleh dibawa ke alam kubur atau akhirat.
b. Kedua keluarga, sahabat, pekerja, dan orang sekeliling akan berada bersama seseorang semasa hidup. Namun apabila mati, mereka hanya mengiringi jenazah kita ke kubur, tetapi tidak akan ikut masuk ke dalamnya.
c. Ketiga amalan, inilah satu-satunya teman sejati yang akan mengikuti seseorang hingga ke alam barzakh dan akhirat. Segala amalan baik atau buruk akan menjadi peneman yang setia, bahkan akan menentukan nasib kita di alam akhirat.
2. Harta hanyalah alat. Harta hanya memberi manfaat jika digunakan ke jalan yang betul, seperti disedekahkan atau digunakan untuk kebaikan. Harta yang disimpan atau dibazirkan tidak akan memberi manfaat selepas kematian.
3. Kasih sayang keluarga dan sahabat hanyalah sementara. Mereka boleh menemani kita ketika hidup dan mengurus jenazah kita, tetapi mereka tidak mampu masuk bersama kita ke alam kubur.
4. Harta dan keluarga serta teman sekeliling hanyalah bersifat sementara. Yang kekal menemani kita hanyalah amal. Persiapkan diri untuk kehidupan selepas mati dengan menyediakan bekalan amal soleh sebanyak mungkin untuk akhirat.
5. Jadikanlah harta dan keluarga serta sahabat handai sebagai jalan untuk menambah pahala, seperti bersedekah, berbuat baik dan menjaga silaturahim dan ukhuwah sesama kita.
6. Jangan terlalu bergantung pada harta dan manusia. Harta dan manusia boleh membantu kita di dunia, tetapi di akhirat belum pasti. Justeru jangan terlalu bergantung atau taksub kepada mereka sehingga melalaikan tanggungjawab terhadap Allah.

Sunday, December 7, 2025
Ujian Penghapus Dosa
Ahad, 16 Jamadil Akhir 1447H | Ujian Penghapus Dosa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي نَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَمَالِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Ujian (bala) akan sentiasa menimpa orang mukmin sama ada lelaki mahupun perempuan, pada dirinya, anaknya dan hartanya sehingga dia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak membawa satu kesalahan (dosa) pun atasnya.” (HR Tirmizi No: 2323) Hadis Hasan Sahih.
Pengajaran:
1. Setiap ujian (bala) atau musibah yang dihadapi oleh orang mukmin sama ada pada dirinya, harta serta ahli keluarganya adalah sebagai pengampun dosa-dosanya.
2. Al-Baghawi menyatakan: Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang hamba, demikian pula musibah yang lebih besar (dan luas) darinya, kecuali kerana sebab dosa yang Allah mengampuninya hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya) atau Allah hendak mengangkat darjatnya (kepada suatu darjat kemuliaan) hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya)” (Tafsir Al-Baghawi: 4/85)
3. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa hadis ini mengajar kita bahawa Allah akan menguji orang beriman dengan pelbagai bentuk ujian untuk:
• membersihkan dosa,
• mengangkat darjat mereka,
• dan menjadikan mereka lebih dekat kepada Allah.
Maknanya, ujian bukan tanda kebencian Allah, tetapi tanda perhatian dan kasih sayang-Nya.
4. Ujian kepada seseorang sebagai proses pembersihan Rohani meliputi tiga perkara:
Pada diri sendiri → sakit, tekanan, kesedihan, kegagalan, keletihan, dan pelbagai kesulitan hidup.
Pada anak → kesusahan anak, kematian anak, kelakuan anak, atau apa-apa ujian yang melibatkan keluarga.
Pada harta → kehilangan harta, kerugian perniagaan, musibah, rezeki sempit, atau apa saja yang menggoncang rasa pergantungan kepada dunia.
5. Antara tujuan utama Allah SWT menimpakan ujian kepada hamba-Nya adalah untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang baik amalannya. Firman Allah SWT:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلً
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” Al-Mulk: 2

Saturday, December 6, 2025
Membaca Istirja' dan Doa Ketika Ditimpa Musibah
Sabtu, 15 Jamadil Akhir 1447H | Membaca Istirja' dan Doa Ketika Ditimpa Musibah
أُمَّ سَلَمَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
Daripada Ummul Mukminin, Ummu Salamah isteri Nabi SAW, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada daripada kalangan hamba (Allah) yang ditimpa suatu musibah, kemudian dia mengucapkan: “Innā lillāhi wa innā ilaihi rājiʿun (Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripadanya,” melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya kerana musibah itu dan menggantikan untuknya sesuatu yang lebih baik daripadanya.” (HR Muslim No: 918) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Musibah adalah ujian yang didatangkan oleh Allah kepada kita dalam bentuk kesusahan, kesakitan, dukacita seperti kematian, banjir dan sebagainya.
2. Bersabar terhadap segala musibah yang menimpa adalah tuntutan kepada setiap Muslim. Allah tidak membiarkan hamba-Nya melalui musibah tanpa tujuan. Setiap kesedihan disertakan janji: pahala, keampunan, dan gantian yang lebih baik.
3. Gantian Allah tidak semestinya dalam bentuk material. Kadang kala berupa ketenangan hati, kefahaman agama, kesihatan juga hubungan yang lebih baik.
4. Muslim yang menerima musibah seperti banjir, kemalangan, kesakitan dan sebagainya, disunatkan agar mengucapkan kalimah istirja dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ . اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
“Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya, Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini”.
5. Orang yang membaca kalimah istirja dan doa diatas apabila menerima musibah akan diberi gantian yang lebih baik antaranya pahala di sisi Allah diatas kesabarannya serta pengampunan dosa.
6. Hadis ini mengajar kita cara merawat hati ketika ditimpa ujian, bukan sekadar redha, tetapi berzikir dan berdoa agar dikurniakan ganjaran dan ganti yang lebih baik daripada Allah. Doa ini menjadi ubat luka di jiwa.

Friday, December 5, 2025
Musibah Menghapus Dosa
Jumaat, 14 Jamadil Akhir 1447H | Musibah Menghapus Dosa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus sebahagian daripada dosa-dosanya (melalui ujian itu)." (HR Bukhari No: 5641) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap kesusahan yang dihadapi oleh seseorang adalah kifarah untuk menjadi sebab Allah menghapuskan dosa-dosanya.
2. Setiap muslim perlu sentiasa bersabar dan reda apabila ditimpa dengan pelbagai musibah seperti penyakit, keletihan, kesedihan, mahupun kesusahan.
3. Ujian kesusahan tanda kasih sayang Allah kepada hambanya. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebut bahawa ujian diberikan:
untuk mengangkat darjat,
untuk menghapuskan dosa,
untuk mendidik hati supaya lebih dekat dengan Allah.
4. Musibah banjir contohnya menyebabkan orang yang terlibat mengalami kesusahan dan kepayahan. Ada yang kehilangan nyawa, kemusnahan harta juga kerosakan harta benda terkena air banjir seperti kenderaan yang ditenggelami air juga rumah yang rosak.
5. Hadis ini menimbulkan rasa disayangi oleh Allah. Bila seseorang diuji, itu tanda:
Allah tidak membiarkan kita sendirian,
Allah sedang membersihkan jalan menuju syurga,
Allah memberi peluang untuk kembali lebih dekat kepada-Nya.
6. Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya. Usahlah kita menyalahkan antara satu sama lain diatas musibah yang melanda.
7. Semoga dosa kita terampun walaupun kesakitan dan kesulitan yang kita lalui mungkin kecil berbanding dengan orang lain. Mungkin ibarat duri yang mencucuk atau melukakan anggota tubuh.
8. Marilah kita menyerahkan segala musibah kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir yang diajar oleh Rasulullah kepada sahabat: Nabi SAW bersabda:
يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ قُلْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ
Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah: ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’ (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung), kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. (HR Bukhari no. 7386)
Semoga mereka yang diuji dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan, dapat menerima dengan sabar dan reda. Moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Thursday, December 4, 2025
Waktu Mustajab Berdoa
Khamis, 13 Jamadil Akhir 1447H | Waktu Mustajab Berdoa
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثِنْتَانِ لاَ تُرَدَّانِ اَلدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَتَحْتَ الْمَطَرِ
Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda. Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika azan berkumandang dan doa ketika hujan turun. (HR al-Hakim, No: 2534) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Doa adalah ibadah yang dituntut kepada setiap Muslim melakukannya.
2. Ada waktu yang sesiapa berdoa kepada Allah, nescaya doanya tidak akan ditolak iaitu:
a. Doa ketika azan dikumandangkan
b. Doa ketika hujan turun
3. Doa yang tidak ditolak bermaksud: Doa dipenuhi seperti yang diminta, atau ditukar kepada kebaikan lain, atau menjadi simpanan pahala di hari akhirat.
4. Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu turun hujan tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada waktu tersebut, sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).
Orang beriman sentiasa peka dengan “waktu emas” untuk berdoa. Bila azan berkumandang juga ketika hujan mula turun - hentikan seketika aktiviti lain - ambil peluang untuk berdoa, moga diperkenankan hajat kita.

Wednesday, December 3, 2025
Doa Awan Mendung dan Hujan Turun
Rabu, 12 Rabiul Akhir 1447H | Doa Awan Mendung dan Hujan Turun
عَنْ الْمِقْدَامِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى سَحَابًا مُقْبِلًا مِنْ أُفُقٍ مِنْ الْآفَاقِ تَرَكَ مَا هُوَ فِيهِ وَإِنْ كَانَ فِي صَلَاتِهِ حَتَّى يَسْتَقْبِلَهُ فَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ فَإِنْ أَمْطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً وَإِنْ كَشَفَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَمْ يُمْطِرْ حَمِدَ اللَّهَ عَلَى ذَلِكَ
Daripada Al-Miqdam daripada ayahnya bahawa Aisyah RA telah memberitahu beliau bahawa Nabi SAW apabila baginda melihat awan gelap yang bergerak dari mana-mana arah ufuk, baginda akan meninggalkan semua kegiatannya termasuk solat sunat, sambil mengadap kearah awan itu dan berdoa: "Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya." Jika turun hujan, maka baginda berdoa: Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) bermanfaat (penuh keberkatan)." (baginda membacanya) dua kali atau tiga kali. Dan jika Allah Azza Wa Jalla menghilangkan awan itu dan tidak jadi turun hujan, maka baginda (bersyukur) memuji Allah atas semua itu." (HR Ibnu Majah No: 3879) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap peristiwa yang berlaku seperti awan mendung yang berarak dan hujan yang turun adalah ketentuan dan ketetapan dari Allah
2. Rasulullah mengajar kita berdoa apabila melihat awan mendung yang berarak agar jauh dari musibah yang dibawa bersama awan seperti angin, petir, rebut juga banjir.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ
Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya
3. Rasulullah juga mengajar kita berdoa apabila hujan turun (dibaca 2-3 kali):
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) ini sebagai curahan yang bermanfaat (penuh keberkatan).
4. Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa doa di atas adalah sunat untuk dibaca ketika turunnya hujan bagi menambahkan kebaikan dan juga keberkatan di samping menolak segala yang boleh memberi mudharat. (Lihat: Fath al-Bari, 518/2)
5. Hujan adalah rahmat, tetapi tidak semua hujan memberi manfaat. Islam mengajar kita berdoa agar hujan yang turun membawa kebaikan, bukan kemudaratan.
6. Jika awan berlalu tanpa hujan, kita disuruh tetap memuji Allah, sebagai tanda sifat bersyukur yang berterusan.
Marilah kita mengamalkan doa ini jika melihat awan berarak juga hujan yang turun. Moga hujan yang turun mendatangkan manfaat bukan musibah.

Tuesday, December 2, 2025
Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Keberkatan Umur
Selasa, 11 Jamadil Akhir 1447H | Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Keberkatan Umur
عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Daripada Anas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaknya ia menyambung silaturahim (kekerabatan)." (Sunan Abu Daud No: 1443) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara kebahagiaan seorang ialah apabila hidup dalam suasana saling berkasih sayang sesama anggota masyarakat.
2. Saling berkasih sayang dituntut dalam menjaga hubungan silaturahim khususnya dengan ahli keluarga seperti kedua ibu bapa, adik beradik, ibu dan bapa saudara, sepupu dan lain-lain.
3. Antara kelebihan Muslim yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim:
a. Dilapangkan rezeki (murah rezeki)
b. Dipanjangkan umur (umur yang barakah dalam keadaan sihat dan beramal soleh).
4. Imam Nawawi menjelaskan maksud dilapangkan rezeki ialah diluaskan dan dijadikan banyak hartanya. Menurut pendapat yang lain, maksudnya diberi keberkatan kepada harta juga dikurniakan ketenangan dalam kehidupan. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 16/114)
5. Ulama memberikan maksud “dipanjangkan umur” dalam hadis:
a. Dipanjangkan umur secara hakiki.
b. Dipanjangkan dari sudut keberkatan umur dimana seseorang diberi peluang melakukan lebih banyak amal, kebaikan, dan manfaat.
6. Manakala dalam hadis daripada Abu Ayyub al-Ansari R.A, Rasulullah SAW pernah ditanya berkenaan amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga, lalu Baginda SAW menjawab:
تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِى الزَّكَاةَ وَتَصِلُ الرَّحِمَ
“Sembahlah Allah dan jangan melakukan syirik pada-Nya, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan jalinlah tali silaturrahim. (HR Bukhari No: 5983)
7. Imam Nawawi menyebut: “Adapun maksud silaturrahim, ia adalah berbuat baik kepada kaum kerabat sesuai dengan keadaan orang yang hendak menghubungkan dan keadaan orang yang hendak dihubungkan. Terkadang dalam bentuk kebaikan dengan harta, terkadang dengan memberi bantuan tenaga, terkadang dengan mengunjunginya, dengan memberi salam, dan sebagainya.” (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, 1/287)
Marilah kita memelihara hubungan silaturahim dan ikatan kekeluargaan dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain.

Monday, December 1, 2025
Menyambung Silaturahim
Isnin, 10 Jamadil Akhir 1447H | Menyambung Silaturahim
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي قَرَابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُونِي وَأُحْسِنُ إِلَيْهِمْ وَيُسِيئُونَ إِلَيَّ وَأَحْلُمُ عَنْهُمْ وَيَجْهَلُونَ عَلَيَّ فَقَالَ لَئِنْ كُنْتَ كَمَا قُلْتَ فَكَأَنَّمَا تُسِفُّهُمْ الْمَلَّ وَلَا يَزَالُ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ ظَهِيرٌ عَلَيْهِمْ مَا دُمْتَ عَلَى ذَلِكَ
Daripada Abu Hurairah bahwasanya seorang laki-laki pernah berkata; "Ya Rasulullah, saya mempunyai kerabat. Saya selalu berusaha untuk menyambung silaturahim kepada mereka, tetapi mereka memutuskannya. Saya selalu berusaha untuk berbuat baik kepada mereka, tetapi mereka menyakiti saya. Saya selalu berusaha untuk lemah lembut terhadap mereka, tetapi mereka acuh tak acuh kepada saya." Lalu Rasulullah SAW bersabda: 'Jika benar seperti apa yang kamu katakan, maka kamu seperti memberi makan mereka debu yang panas, dan selama kamu berbuat demikian maka pertolongan Allah akan selalu bersamamu.'(HR Muslim No: 4640) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara tanggungjawab Muslim ialah berbuat baik dengan kerabat dengan sentiasa menghubungkan silaturahim.
2. Allah sentiasa mengurniakan kebaikan kepada orang yang berbuat baik kepada orang lain.
3. Orang yang berusaha menyambung silaturahim dengan kerabatnya walaupun tidak disambut oleh mereka, akan sentiasa mendapat pertolongan Allah disisinya.
4. Al-Qurtubi menyatakan bahawa sesiapa yang bersabar atas kezaliman keluarga dan tetap menjaga hubungan, Allah akan menjadi penolong dan pelindungnya dalam bentuk: ketenangan jiwa, keberkatan hidup, dijaga daripada kezaliman, serta dibalas dengan kebaikan di dunia dan akhirat.
5. Antara ganjaran orang yang berusaha menyambung silaturrahim adalah syurga. Rasulullah SAW bersabda:
أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشوا السَّلامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وصلوا الأرحام وَصَلُّوا باللَّيْل وَالنَّاسُ نِيامٌ تَدخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلامٍ
“Wahai orang ramai, Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur, nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.” (HR Ibnu Majah No: 3251)
6. Jangan membalas kejahatan dengan kejahatan. Hadis ini mengajar bahawa kesabaran dan kebaikan adalah lebih kuat daripada kemarahan. Perbuatan baik yang ikhlas boleh melembutkan hati pihak yang memutuskan hubungan dan mendorong mereka kembali kepada kebenaran.
Ayuh berbuat baik dan kukuhkan silaturahim walaupun mereka ingin memutuskannya. Doakan kebaikan untuk mereka.

Subscribe to:
Comments (Atom)